Pilih satu Halaman

Mesyuarat 14th Asean Shrimp Alliance (ASA)

Utama » Aktiviti » Mesyuarat 14th Asean Shrimp Alliance (ASA)

1 Julai 2024

Malaysia telah menjadi tuan rumah kepada mesyuarat 14th ASEAN Shrimp Alliance (ASA), 16th ASEAN Fisheries Consultative Forum (AFCF) & 32nd ASEAN Sectoral Working Group on Fisheries (ASWGFI) yang berlangsung selama 5 hari bermula 1 hingga 5 Julai 2024.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh delegasi Thailand. Delegasi Malaysia diketuai YBrs Puan Yeo Moi Eim, Pengarah Kanan Bahagian Biosekuriti sebagai National Focal Point dan diwakili oleh YBhg. Dato’ Haji Azhari bin Haji Othman, Pengarah Kanan Bahagian Akuakultur sebagai Alternate National Focal Point, YBrs Dr Azhar bin Hamzah, Pengarah Kanan Institut Penyelidikan Perikanan, Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Pengarah Institut Sumber Marin Asia Tenggara, Timbalan Pengarah Bahagian Sumber Perikanan Tangkapan, dan Timbalan Pengarah Bahagian Konservasi dan Perlindungan Perikanan.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua Negara Ahli ASEAN, Secretary General Southeast Asian Fisheries Development Center (SEAFDEC) dan dibantu oleh Sekretariat ASA serta Sekretariat ASEAN .

Mesyuarat ini antara lainnya memaklumkan Negara Ahli ASEAN berkaitan perkembangan program dan projek di bawah jaringan kerjasama ini. Selain itu, Mesyuarat ini juga membincangkan hala tuju peluasan skop jaringan kerjasama ini untuk merangkumi komoditi ikan dan hasil ikan yang lain.

Negara Ahli ASEAN juga berkongsi maklumat dan inisiatif-inisiatif negara masing-masing untuk membangunkan industri dan perdagangan komoditi udang di rantau ini.