Pilih satu Halaman

Majlis Ringkas Pelepasan Anak Ikan Program Teknologi Solar dan Aplikasi IOT ke atas Agropreneur Penternakan Ikan Air Tawar

Utama » Aktiviti » Majlis Ringkas Pelepasan Anak Ikan Program Teknologi Solar dan Aplikasi IOT ke atas Agropreneur Penternakan Ikan Air Tawar

10 Mei 2024

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah mendapatkan khidmat bantuan dan tunjuk ajar daripada Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) bagi program teknologi solar dan aplikasi IOT ke atas Agropreneur Penternakan Ikan Air Tawar.

DOF menerusi Pejabat Perikanan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah memberi bantuan 4,000 benih ikan puyu dan tilapia, sediakan lakaran khas untuk sistem ternakan akuakultur sebagai rujukan UPNM membangunkan sistem, dan menguruskan kursus di Institut Penyelidikan Glami Lemi untuk kakitangan UPNM.

Pada hari ini, En. Sukri bin Daris, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Konservasi dan Perlindungan Perikanan diiringi Prof. Ts. Dr. Muhd Zu Azhan bin Yahya, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni telah melepaskan 2,000 benih ikan sebagai simbolik majlis.

Turut hadir dalam majlis ini Puan Suhanah binti Kassiron, Pengarah Pejabat Perikanan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya serta kakitangan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan kakitangan Pejabat Perikanan.