Pilih satu Halaman

Majlis Penyerahan Dan Penerimaan Kapal Kps Semilang Vi (P306)

Utama » Aktiviti » Majlis Penyerahan Dan Penerimaan Kapal Kps Semilang Vi (P306)

2 Jun 2024

Majlis yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia berlangsung di Pangkalan Konservasi dan Perlindungan Perikanan Kuala Kedah pada pagi ini.

Kapal KPS Semilang (P306) adalah merupakan aset Jabatan Perikanan Malaysia yang dinaiktaraf di bawah projek RMKe-12. Komponen yang dinaiktaraf meliputi penggantian enjin baharu, genset dan penyelenggaraan bahagian dalaman serta luaran kapal.

Untuk memastikan P306 dinaiktaraf dan boleh menjalankan fungsinya ke tahap optimum, Syarikat Asia Slipway & Engineering Sdn. Bhd yang bertempat di Kuala Kedah telah diberi kepercayaan untuk tugasan ini.

Turut hadir menjayakan program, Pengarah Kanan Bahagian Kejuruteraan, Haji Abdul Halim Bin Marzuki, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Konservasi dan Perlindungan Perikanan, En. Sukri bin Deris, Pengarah Urusan Syarikat Asia Slipway & Engineering Sdn. Bhd, YBrs. En. Abdul Ghafar Bin Samat, serta kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia.