Pilih satu Halaman

Majlis Penyerahan Bantuan Kepada Penternak Kupang Yang Terjejas Akibat Pencemaran Di Perairan Port Dickson

Utama » Aktiviti » Majlis Penyerahan Bantuan Kepada Penternak Kupang Yang Terjejas Akibat Pencemaran Di Perairan Port Dickson

16 Mei 2024

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun telah menyempurnakan majlis penyerahan bantuan kepada nelayan dan penternak kupang yang terjejas akibat pencemaran seramai 85 orang dari Persatuan Nelayan kawasan Telok Kemang.

Penyerahan sebanyak RM34,500.00 ini bertujuan membantu golongan nelayan yang terjejas serta meringankan bebanan sepanjang mereka tidak dapat menuai hasil ternakan kupang.

Persampelan kupang kali ke lapan telah diambil oleh pegawai perikanan pada 14 Mei 2024 dan telah dihantar ke Makmal Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur bagi analisis selanjutnya dan keputusan makmal dijangka 18 Mei 2024.

Jabatan Perikanan bersama Persatuan Nelayan Negeri Sembilan masih giat menjalankan pemantauan setiap minggu bermula 2 April 2024 dan berdasarkan tinjauan semasa dijalankn di lokasi, nelayan dan peniaga sentiasa mematuhi arahan larangan mengambil, mengutip dan menjual seperti yang diarahkan sebelum ini.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Muhamad Nahar bin Haji Mohd Sidek, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, YBrs. Encik Hamdan bin Mamat, Ketua Pengarah LKIM, YBrs. Haji Wan Muhammad Aznan bin Abdullah, Timbalah Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan) serta pegawai perikanan negeri.