Pilih satu Halaman

Majlis Apresiasi Jabatan Perikanan Laut Sarawak & Institut Penyelidikan Perikanan Sarawak/Labuan.

Utama » Aktiviti » Majlis Apresiasi Jabatan Perikanan Laut Sarawak & Institut Penyelidikan Perikanan Sarawak/Labuan.

20 Mei 2024

Telah berlangsungnya majlis apresiasi Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS) & Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) Sarawak/Labuan yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Beliau telah menyampaikan amanat kepada seluruh warga JPLS dan IPP wilayah Sarawak agar semua kakitangan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat serta negara dengan penuh komitmen dan beliau juga berkesempatan mengucapkan selamat menyambut perayaan Hari Gawai kepada kakitangan yang menyambut perayaan tersebut.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada kakitangan yang telah bersara dan juga kakitangan yang telah berkhidmat selama 25 tahun ke atas.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Puan Liza binti Haji Long, Timbalan Pengarah Perikanan Laut Sarawak, Tuan Jamil bin Musel, Pengarah Institut Penyelidikan Perikanan Bintawa, Sarawak serta pegawai-pegawai dan kakitangan.