Pilih satu Halaman

MAHA 2024 Meraikan 100 Tahun Penganjuran

Utama » Aktiviti » MAHA 2024 Meraikan 100 Tahun Penganjuran

10 Jun 2024

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2024 yang akan diadakan pada 11 hingga 22 September 2024 di MAEPS, Serdang, merupakan MAHA edisi khas 2024 sempena meraikan 100 tahun penganjuran.

Dengan tema MAHA pada tahun ini, “Harvesting Tomorrow Where Dreams Blossom” atau dalam bahasa “Menuai Harapan Membina Masa Hadapan”, tema ini membawa maksud bagi meraih masa depan pertanian yang lebih maju dan inovatif.

MAHA 2024 akan menyaksikan pameran terbesar teknologi baharu, pemodenan dan pertanian pintar serta solusi hijau yang akan menentukan arah baru sektor agrikultur Malaysia.

Antara teknologi yang akan diberi penekanan pada MAHA kali ini bagi sektor perikanan ialah memperkenalkan teknologi akuakultur moden yang dapat meningkatkan hasil dan kualiti produk perikanan.

Sasaran penganjuran MAHA pada tahun ini ialah sebanyak tiga (3) juta pengunjung sepanjang tempoh pameran.

Majlis Peluncuran MAHA 2024 hari ini dilancarkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu. Turut hadir dalam majlis ini Pengarah Kanan Bahagian Akuakultur Jabatan Perikanan Malaysia, dan Kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia.