Pilih satu Halaman

Lawatan Ketua Pengarah Perikanan ke Reruai Jabatan Perikanan di Program Madani Rakyat 2024.

Utama » Aktiviti » Lawatan Ketua Pengarah Perikanan ke Reruai Jabatan Perikanan di Program Madani Rakyat 2024.

4 Mei 2024

YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan hadir bagi melawat reruai Jabatan Perikanan pada Program MADANI Rakyat Zon Utara di Sungai Nibong, Pulau Pinang yang berlansung selama 3 hari bermula 3 hingga 5 Mei 2024.

Reruai Jabatan Perikanan Malaysia di pavilion Road To MAHA 2024 mempamerkan inovasi perangkap lintah laut yang mampu menghalang serangan lintah laut kepada ternakan ikan marin dalam sangkar.

Inovasi ini telah memenangi anugerah Commonwealth Secretary General Innovation for Sustainable Development Award 2021.

Orang ramai dijemput datang ke reruai Perikanan untuk menyaksikan pameran ikan marin hidup (ikan bawal emas bersaiz, 2 kg dan pameran terkini akuarium tanpa air serta demonstrasi perangkap lintah laut.

Para pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat lanjut di Pavilion Road to MAHA 2024 Kluster Perikanan.