Pilih satu Halaman

Lawatan Kerja Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ke Puri Agro Johan Sdn. Bhd.

Utama » Aktiviti » Lawatan Kerja Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ke Puri Agro Johan Sdn. Bhd.

19 Mei 2024

YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia mengadakan lawatan kerja ke Puri Agro Johan Sdn. Bhd. yang terletak di Serian, Sarawak.

Syarikat yang dimiliki oleh Encik Puri A/L Johan ini telah beroperasi sejak 2007 yang merupakan syarikat yang menternak ikan spesies Empurau Sarawak (Tor Tambroides).

Induk Empurau disini dibiakkan daripada induk asli Empurau Sarawak daripada sungai-sungai utama di Sarawak yang diiktiraf oleh IFRPC Tarat dan Jabatan Pertanian Sarawak.

Ikan Empurau Sarawak (Tor Tambroides) merupakan ikan bernilai tinggi, ia juga dikenali sebagai ‘Raja’ ikan Sungai Sarawak.

Turut hadir bersama Puan Liza Binti Long, Timbalan Pengarah Perikanan Laut Sarawak, Tuan Jamil bin Musel Pengarah Institut Penyelidikan Perikanan Bintawa, Sarawak serta pegawai-pegawai dan kakitangan.