YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS), Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) Santubong dan Pusat Pengeluaran Benih Ikan Laut Santubong.
Ketibaan beliau telah disambut oleh YBrs. Puan Liza binti Haji Long, Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan Laut Sarawak dan YBrs. Tuan Jamil bin Musel, Pengarah Institut Penyelidikan Perikanan Bintawa, Sarawak serta pegawai-pegawai dan kakitangan dari JPLS & IPP.
Lawatan pertama beliau adalah di IPP Santubong yang merupakan pusat pembangunan baka induk udang galah dimana pusat ini menyasarkan pengeluaran sebanyak 20,000 ekor induk setahun, 30 juta rega dan 2 juta post larvae setiap pusingan udang galah.
Kemudian beliau melawat Pusat Pengeluaran Benih Ikan Laut Santubong (PPBIL) yang menumpukan kepada pengeluaran benih ikan siakap bersaiz 1 inci dan keatas. Pusat ini juga memfokuskan kepada pengeluaran dan asuhan anak benih Ikan Siakap atau nama saintifiknya adalah Lates calcarifer. Pemilihan ikan Siakap ini sebagai fokus utama pengeluaran adalah disebabkan oleh permintaan yang tinggi dalam pasaran sekaligus kerja-kerja memproduksi benih ikan Siakap lebih mudah dilaksanakan berbanding dengan spesies ikan yang lain.
Ketua Pengarah Perikanan juga berkesempatan melawat Pangkalan Utama Santubong dan menyampaikan amanat serta nasihat kepada para pegawai dan anggota penguatkuasa agar sentiasa mengamalkan tahap disiplin diri yang tinggi serta serius dalam menjalankan tugas.