Pada 22 hingga 24 April 2024 telah berlangsung kursus Pra Perbicaraan dan Teknik Pendakwaan Kerjasama ILKAP-Jabatan Perikanan Malaysia 2024 bertujuan memberi pendedahan kepada pegawai pendakwa yang baharu dalam pengendalian kes pendakwaan di bawah Akta Perikanan 1985 [Akta 317] serta peraturan-peraturan di bawahnya, Akta Perdagangan Antarabangsa mengenai Spesies Terancam (Akta CITES) [Akta 686] dan Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 [Akta 311] di negeri atau daerah masing-masing.
Kursus ini juga bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman peserta dengan lebih jelas tentang etika, peranan dan tanggungjawab sebagai pegawai pendakwa dalam melaksanakan tugas pendakwaan mengikut tatacara Standard Operating Procedure (SOP) dan perundangan semasa yang berkaitan serta meningkatkan keyakinan peserta mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang jelas dalam bidang pendakwaan di Mahkamah.