Pilih satu Halaman

Kunjungan Hormat oleh Syarikat Charoen Pokphand Foods (CPF) Kepada YBhg. Dato’ Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Utama » Aktiviti » Kunjungan Hormat oleh Syarikat Charoen Pokphand Foods (CPF) Kepada YBhg. Dato’ Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

23 Mei 2024

YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah menerima kunjungan hormat dari syarikat Charoen Pokphand Foods (CPF) yang diketuai oleh Mr. Wirat Pothipan. CPF merupakan sebuah konglomerat agroindustri dan makanan yang berpangkalan di Thailand.

CPF telah beroperasi di Malaysia selama 50 tahun. Tiga sektor utama yang diberikan keutamaan iaitu Agro Business, Aqua Business dan Swine Business.

Nilai pelaburan di Malaysia ketika ini:
1) Agro Business : 170 Million USD
2) Aqua Business : 132 Million USD
3) Swine Business : 41 Million USD

Tujuan kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk berkongsi tentang teknologi ternakan akuakultur terkini yang digunakan di ladang ternakan yang telah dijalankan dan penularan penyakit terhadap udang.

YBhg. Dato’ Ketua Pengarah Perikanan Malaysia menghargai kedatangan pihak CPF dan berharap dapat menjalin kerjasama dalam menjamin sekuriti makanan negara.

Turut hadir, Puan Yeo Moi Eim, Pengarah Kanan Bahagian Biosekuriti, Encik Roslan bin Abu Hassan, Ketua Cawangan Kesihatan Ikan dan Awam dan Pegawai-pegawai jabatan.