Pilih satu Halaman

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Perikanan Malaysia ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan

Utama » Aktiviti » Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Perikanan Malaysia ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan

23 Mei 2024

YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah mengadakan Sesi Kunjungan Hormat ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dan ketibaan disambut oleh Tuan Mohd Asnawi bin Hanipah, Pengarah Bahagian Operasi EAIC.

Kunjungan Hormat ini diadakan bertujuan untuk menjalinkan kerjasama dan mengukuhkan perhubungan di antara DOF dengan pihak EAIC dan saling bertukar pandangan bagi memastikan halatuju pemantapan integriti aktiviti penguatkuasaan di bawah bidang kuasa Akta Perikanan 1985 sentiasa berada di landasan yang betul.

Beliau berkata, jabatan ini sentiasa terbuka dan memberi kerjasama yang baik bagi menyalurkan maklumat dan maklumbalas bagi sebarang aduan yang diterima dan siasatan yang dilaksanakan oleh pihak EAIC. Ujarnya lagi, Jabatan Perikanan Malaysia merupakan salah satu agensi daripada 21 agensi penguatkuasaan dibawah seliaan EAIC.

Turut hadir, Encik Mohamed Rizal bin Mustapha, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Puan Haliza binti Sulaiman, Ketua Unit Integriti dan Encik Anuar Salam Sulaiman, Ketua Cawangan Pelesenan dan pegawai-pegawai dari jabatan dan EAIC.