Ketua Pengarah Perikanan, Dato’ Adnan Hussain berbesar hati menerima kunjungan hormat delegasi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersama syarikat perunding, IPSOS Sdn Bhd. pada 23 Mei 2024 di Ibu Pejabat Jabatan Perikanan, Putrajaya.
Sesi ini diadakan bagi membincangkan cadangan strategik dan inisiatif berkaitan sektor perikanan dalam Kajian Blueprint Sekuriti Makanan Negara.
Hadir sama dalam sesi kunjungan ini adalah Encik Shahril Faizal bin Abdul Jani, Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik (DPS), KPKM serta Encik Ganesan A/L Periakarruppan, Prinsipal IPSOS Strategy3 (Malaysia).