Pilih satu Halaman

Konvensyen Kebangsaan Kejuruteraan Pertanian dan Makanan 2024

Utama » Aktiviti » Konvensyen Kebangsaan Kejuruteraan Pertanian dan Makanan 2024

15 Mei 2024

Jabatan Perikanan Malaysia yang diwakili En. Nazri bin Ishak, Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik telah memberi satu pembentangan mengenai gambaran menyuluruh peranan jabatan dalam menjamin kecukupan dan keselamatan makanan melalui asar Agromakanan Negara (DAN 2.0) di Konvensyen Kebangsaan Kejuruteraan Pertanian dan Makanan (NAFEC) 2024 yang bertempat di Unimap, Perlis.

Konvensyen ini merupakan penganjuran edisi kali ke-7 telah dianjurkan oleh Persatuan Jurutera Pertanian dan Makanan Malaysia (MSAE) bersama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada 15 dan 16 Mei 2024 bertempat di UniMAP, Perlis. Bertemakan “Pertanian Digital: Memacu Inovasi Kelestarian Pengeluaran Agromakanan”, konvensyen ini telah berkerjasama dengan 14 penganjur bersama yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan universiti awam.

Konvensyen yang diadakan telah berjaya menggabungkan ahli akademik, pengamal undang-undang, ahli industri serta individu dalam bidang kejuruteraan pertanian dan makanan di Malaysia iaitu seramai 215 orang yang terlibat sebagai pembentang dan peserta. Hal ini bagi membincangkan anjakan paradikma di dalam teknologi terkini, keperluan dan masalah industri pertanian dan makanan, berkongsi amalan baik pertanian dan makanan serta cadangan penambahbaikan undang-undang terutamanya untuk bidang kejuruteraan pertanian dan makanan.

Turut hadir bagi mewakili jabatan adalah pegawai-pegawai perikanan dari Bahagian Kejuruteraan.