Pilih satu Halaman

Bengkel Semakan Draf Tindakan Perubahan Iklim Sektor Perikanan

Utama » Aktiviti » Bengkel Semakan Draf Tindakan Perubahan Iklim Sektor Perikanan

20 Mei 2024

Sebagai usaha dalam menangani kesan perubahan iklim serta memastikan peningkatan produktiviti dan kelestarian sektor agromakanan negara, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di bawah Dana Inisiatif Ekonomi Madani akan membangunkan Pelan Tindakan Perubahan Iklim Sektor Perikanan sebagai panduan kepada pihak kerajaan, industri, komuniti serta pihak berkepentingan dalam menghadapi cabaran perubahan iklim secara holistik.

Bagi maksud tersebut, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) bersama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) selaku agensi pelaksana Inisiatif Ekonomi Madani telah membangunkan draf bagi Strategi dan Pelan Tindakan Perubahan Iklim Sektor Perikanan secara komprehensif yang dibincangkan pada pagi ini.

Turut hadir pada hari ini wakil daripada Bahagian Perubahan Iklim, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Universitu Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan juga kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia bagi menjayakan pembangunan pelan ini.