Pilih satu Halaman

Bengkel Memuktamadkan Cadangan Pindaan Akta Perikanan 1985 (Akta 317).

Utama » Aktiviti » Bengkel Memuktamadkan Cadangan Pindaan Akta Perikanan 1985 (Akta 317).

20 Mei 2024

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) sedang melaksanakan Pindaan Akta 1985 secara menyeluruh dan terperinci bermula sejak tahun 2020. Proses pindaan ini telah melepasi beberapa platform kelulusan di peringkat Jabatan, Kementerian dan Jemaah Menteri. Pindaan ini adalah penting untuk membolehkan pihak jabatan maklum balas kepada Kesatuan Eropah (EU) berhubung dengan audit pihak European Commission (EC) berkaitan Illegal, Unreported, Unregulated (IUU) fishing yang telah diadakan pada tahun 2017.

Bengkel yang berlangsung selama dua hari ini adalah penting untuk memuktamadkan matriks pindaan sebelum dikemukakan ke pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) pada awal Jun ini.

Turut hadir adalah wakil daripada Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik KPKM, Bahagian Sekuriti Makanan KPKM, Pejabat Undang-Undang KPKM dan DOF, Pengarah-Pengarah Bahagian, Pengarah-Pengarah Institut Penyelidikan Perikanan, Pengarah-Pengarah Negeri dan juga kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia bagi menjayakan pindaan akta ini.