23 Februari 2024 I Sitiawan, Perak
Bengkel Learning Needs Analysis (LNA) Jabatan Perikanan Malaysia telah diadakan pada 20 hingga 22 Februari 2024 bertempat di Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Perak. Bengkel dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Modal Insan (BPMI), Jabatan Perikanan Malaysia dengan kerjasama INTAN Bukit Kiara yang melibatkan seramai 21 pegawai dari pelbagai Bahagian, Institut Penyelidikan Perikanan dan Unit Jabatan Perikanan Malaysia.
Fokus utama bengkel ini dilaksanakan untuk melatih pegawai yang terlibat dalam pembangunan modal insan jabatan memperoleh pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan proses menganalisis keperluan pembelajaran mengikut tatacara yang betul. Selain itu, pegawai yang terlibat juga turut dilatih untuk merancang program pembangunan sumber manusia Bahagian, Institut Penyelidikan Perikanan dan Unit dengan lebih efektif dan berkesan.
jabatanperikanan #mydof #penerajuperikanan #tamanlautkhazanahnegara #KPKMMalaysia