Pilih satu Halaman

24 Graduan Menerima Sijil Perikanan Pada Majlis Konvokesyen Pertanian Kali Ke-12 Tahun 2024

Utama » Aktiviti » 24 Graduan Menerima Sijil Perikanan Pada Majlis Konvokesyen Pertanian Kali Ke-12 Tahun 2024

6 Jun 2024

Majlis Konvokesyen Pertanian Kali Ke-12 Tahun 2024 telah berlangsung di Putrajaya International Convention Center (PICC) yang bertemakan TVET: Perantis Sekuriti Agromakanan Negara.

Seramai 982 graduan Diploma Kemahiran Malaysia, Sijil Kemahiran Malaysia, Sijil Pertanian, Sijil Veterinar Malaysia dan Sijil Perikanan dalam pelbagai bidang telah menerima diploma dan sijil. Dalam majlis ini turut disampaikan Anugerah Khas – Pingat Emas Menteri kepada graduan selain 7 lagi Anugerah Khas yang lain.

Bagi sub sektor perikanan seramai 24 orang graduan Sijil Perikanan telah menamatkan pengajian di Akademi Perikanan Malaysia dengan Jayanya.

Majlis telah disempurnakan oleh YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Hadir sama dalam majlis ini, YBhg Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, dan Puan Shamila binti Zainol, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan.

Anugerah Khas Ketua Pengarah Perikanan Tahun 2022 ( Najiha binti saki @ Marzuki )

Tahniah diucapkan kepada semua graduan!