Pilih satu Halaman

Penggunaan Mata Pukat Di Bahagian Keroncong Kurang Daripada 38 Milimeter Merupakan Satu Kesalahan

Utama » Isu Semasa » Penggunaan Mata Pukat Di Bahagian Keroncong Kurang Daripada 38 Milimeter Merupakan Satu Kesalahan

25 Mei 2021

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) amat komited dalam menjaga kemampanan sumber perikanan negara termasuk melaksanakan penguatkuasaan terhadap saiz mata pukat di bahagian keroncong oleh nelayan pukat tunda.

Sehubungan itu, nelayan harus peka dan memahami bahawa penggunaan mata pukat di bahagian keroncong bersaiz kurang daripada 38 milimeter ukuran tegang bagi pukat tunda adalah merupakan satu kesalahan perlanggaran syarat lesen di bawah seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985.

Nelayan yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan kompaun tidak kurang RM500 atau didakwa di mahkamah. Jika disabitkan kesalahan di mahkamah boleh didenda tidak melebihi RM20 ribu atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi semua vesel pukat tunda di seluruh negara, syarat ini telah termaktub di dalam buku lesen berhubung spesifikasi saiz mata pukat yang dibenarkan.

DOF sentiasa komited dalam memastikan kelestarian sumber perikanan khususnya anak-anak ikan di laut daripada kepupusan selain menjaga kepentingan majoriti nelayan secara amnya. Bersama kita menjaga sumber perikanan negara.