Pilih satu Halaman

Ujian Kemahiran Menembak Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) 2024

Utama » Aktiviti » Ujian Kemahiran Menembak Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) 2024

27 Jun 2024

Program ini bertujuan meningkatkan kecekapan dan kemahiran para pegawai dan anggota penguatkuasa DOF dalam pengendalian senjata api dan peluru. Seramai 102 orang anggota penguatkuasa DOF dari pelbagai negeri telah menyertai program ini.

Program telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Bohari bin Leng di Markas Briged Tenggara, Pasukan Gerakan Am (PGA), Kem Bukit Galing, Kuantan, Malaysia.

Turut hadir sama dalam program ini En. Sukri Bin Deris Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Konservasi dan Perlindungan Perikanan, dan ASP Mohd Irwan Bin AB. Aziz Pasukan Gerakan Am (PGA), Kuantan.