Pilih satu Halaman

Program Reruai Banci Pertanian 2024 Subsektor Perikanan Negeri Melaka

Utama » Aktiviti » Program Reruai Banci Pertanian 2024 Subsektor Perikanan Negeri Melaka

29 Jun 2024

YBrs. Encik Nazri bin Ishak, Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik telah merasmikan Program Reruai Banci Pertanian 2024 Subsektor Perikanan di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Negeri Melaka yang berlangsung pada 29 Jun 2024 sehingga 30 Jun 2024.

Program diteruskan dengan taklimat Profil Perikanan 2024 oleh Puan Marlinda Anim binti Marham, Ketua Cawangan Pengutipan Data Perikanan dan taklimat Banci Pertanian 2024 yang disampaikan oleh En. Mohd Suhaimi bin Mohd Rashid, Pengarah Perangkaan Negeri Melaka.

Untuk makluman Banci Pertanian 2024 akan diadakan bermula pada 7 Julai 2024 yang melibatkan seramai 1342 orang penternak akuakultur dan nelayan bagi subsektor perikanan di Negeri Melaka.

Disamping itu, para pengunjung Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu juga boleh menyertai kuiz kahoot tentang Banci Pertanian 2024 dan Penyu.

Banci Pertanian 2024: Kunci Kemajuan Pertanian