Pilih satu Halaman

Program Ramah Mesra Santai Dato’ Ketua Pengarah Perikanan Malaysia bersama Pemegang Taruh Santuari Ikan Kelisa Emas Bukit Merah di Perak.

Utama » Aktiviti » Program Ramah Mesra Santai Dato’ Ketua Pengarah Perikanan Malaysia bersama Pemegang Taruh Santuari Ikan Kelisa Emas Bukit Merah di Perak.

20 April 2024

YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia telah menghadiri Program Ramah Mesra Santai yang bertempat di Tasik Bukit Merah hari ini.

100 ekor induk ikan kelisa emas yang bernilai RM150,000 telah dilepaskan di Santuari Tasik Bukit Merah oleh Dato’ Ketua Pengarah bersama pemegang taruh diiringi Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Perak, Tuan Haji Mohd Ghazali bin A. Manap.

Pelepasan induk ini adalah bagi memulihara dan memastikan kemampanan spesies tersebut di habitat semulajadinya.

Turut diadakan penyampaian cek cura bantuan program Kebuniti MADANI (sub sektor akuakultur) bernilai RM21,000 kepada komuniti nelayan Tasik Bukit Merah daerah Kerian. Bantuan berupa input peralatan iaitu enam unit tangki ternakan, pam air, aerator, kit ujian paramater air, sistem paip serta input makanan ikan dan benih.

jabatanperikanan #mydof #penerajuperikanan #KPKMMalaysia