Seramai 27 orang kakitangan dari pelbagai negeri telah mengikuti Program Pra Persaraan yang telah diadakan di Cameron Highlands, Pahang dari 11 hingga 13 Jun 2024. Peserta program terbabit adalah dari kakitangan yang akan bersara pada tahun 2025. Program Pra Persaraan ini direkabentuk sebagai langkah persediaan untuk warga kerja yang bakal bersara bagi membina persaraan yang cemerlang dan memfokuskan kepada tiga aspek utama, iaitu, persediaan mental, fisikal dan kewangan sebelum dan selepas persaraan selain menyediakan platform kepada bakal pesara (wajib/pilihan) untuk mendapatkan informasi yang tepat mengenai penyediaan maklumat dan dokumen persaraan serta faedah persaraan, faedah perubatan dan faedah terbitan yang layak diterima/dituntut setelah bersara kelak.
13 Jun 2024