Pilih satu Halaman

Program Pengukuhan Kakitangan : Asas Infografik dan Videografik BerasaskanArtificial Intelligence (AI) Peringkat Zon Utara Tahun 2024

Utama » Aktiviti » Program Pengukuhan Kakitangan : Asas Infografik dan Videografik BerasaskanArtificial Intelligence (AI) Peringkat Zon Utara Tahun 2024

30 Mei 2024

Jabatan Perikanan Malaysia melalui Bahagian Pengembangan Perikanan, Ibu pejabat dan Pejabat Perikanan Negeri Kedah telah melaksanakan Program Pengukuhan Kakitangan : Asas Infografik dan Videografik Berasaskan Artificial Intelligence (AI) Peringkat Zon Utara Tahun 2024 di INTAN Kampus Wilayah Utara (INTURA), Sungai Petani, Negeri Kedah.

Program ini bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran kakitangan jabatan dalam penyediaan infografik, info animasi dan videografik, di samping pendedahan kepada bidang Artificial Intelligence (AI) bagi menghasilkan sesuatu karya seiring dengan perkembangan teknologi. Peserta telah didedahkan dengan penggunaan aplikasi seperti Canva, CapCut, MidJourney, Ideogram, Sonu dan ChatGPT.

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama tenaga pengajar daripada Jabatan Penerangan Malaysia dan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC)- UPM, Serdang serta kerjasama daripada INTAN Kampus Wilayah Utara (INTURA) dalam penyediaan kemudahan dan infrastruktur.