Pilih satu Halaman

Program National Forum on Community-Based Marine Resource Management

Utama » Aktiviti » Program National Forum on Community-Based Marine Resource Management

27 Mei 2024

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dengan kerjasama World Wildlife Fund (WWF) Malaysia telah menganjurkan program National Forum on Community-Based Marine Resource Management pada 27 Mei 2024.

Program yang berlangsung selama satu hari ini, bertujuan untuk memupuk sinergi dan kerjasama di kalangan pihak berkepentingan ke arah konservasi dan pemuliharaan pantai dan marin di Malaysia. Program ini disasarkan kepada pihak berkepentingan iaitu agensi kerajaan persekutuan/negeri, NGO, pusat penyelidikan dan lain-lain yang terlibat dalam konservasi marin. Bersama-sama ini dilampirkan maklumat program sebagai rujukan tuan.

Hadir sama YBrs Tuan Haji Wan Muhammad Aznan bin Abdullah Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Perikanan Malaysia dan pegawai -pegawai Jabatan Perikanan.