Pilih satu Halaman

Program Melabuh Tukun Tiruan Konservasi Di Perairan Negeri Terengganu

Utama » Aktiviti » Program Melabuh Tukun Tiruan Konservasi Di Perairan Negeri Terengganu

30 Mei 2024

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah menjayakan program melabuh tukun tiruan konservasi di perairan negeri Terengganu yang disempurnakan oleh YB Dr. Azman Ibrahim , Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar.

Sebanyak 12 unit tukun tiruan jenis kuboid juvenil penghalang pukat tunda dilabuhkan di perairan Taman Laut Pulau Kapas dan perairan Pulau Redang bagi tujuan konservasi bernilai RM400,000.

Negeri Terengganu menerima peruntukan untuk pembangunan tukun tiruan dibawah DOF pada setiap tahun di sepanjang RMKe-11 hingga RMKe-12 (2021 hingga 2025) berjumlah RM11.28 juta. Manakala, bagi tempoh 2021 hingga 2024, sebanyak 46 unit tukun telah dilabuhkan di enam lokasi di negeri Terengganu dengan peruntukan sejumlah RM 1.357 juta.

Program ini juga merupakan salah satu usaha jangka masa panjang dan langkah Jabatan Perikanan bersama kerajaan negeri dalam memulihara serta meningkatkan sumber perikanan marin seterusnya dapat memberi manfaat kepada 8,309 orang nelayan di negeri Terengganu serta dapat mengekang aktiviti penangkapan ikan menggunakan peralatan tidak mesra sumber di kawasan perairan pantai.

Turut hadir sama dalam menjayakan program ini Encik Ruzaidi bin Mamat, Pengarah Perikanan Negeri Terengganu, Encik Azlan bin Md Nor, Ketua Cawangan Konservasi Ekosistem dan Biodiversiti serta pegawai-pegawai perikanan negeri.