YBrs. Tuan Haji Bohari Bin Haji Leng, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pembangunan) hadir di sekitar program korban yang bertempat di pekarangan Wisma Tani bersama warga Jabatan Perikanan Malaysia yang turut menjadi sukarelawan di program tersebut.
Semoga segala ibadah dan korban yang dilakukan diterima oleh Allah SWT dan memberi kebaikan kepada semua.
Turut hadir bagi memeriahkan program YB Mohammad Bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Lokman Hakim Bin Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Badrul Hisham Bin Mohd, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta kakitangan kementerian dan jabatan.