Pilih satu Halaman

Perjumpaan Ketua Pengarah Perikanan Bersama Rakan Maritim Tldm & Sahabat Maritim Apmm Endau, Johor

Utama » Aktiviti » Perjumpaan Ketua Pengarah Perikanan Bersama Rakan Maritim Tldm & Sahabat Maritim Apmm Endau, Johor

14 Mei 2024

Rakan Maritim TLDM dan Sahabat Maritim APMM Endau yang diketuai oleh Encik Bob Chia Liek Kuen telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia di Ibu Pejabat Jabatan Perikanan Malaysia di Putrajaya hari ini.

Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan beberapa perkara berkaitan sistem e-Lesen dan pembaharuan lesen vesel penangkapan ikan terutamanya Zon C2 serta penguatkuasaan undang-undang dan peraturan di bawah Akta Perikanan 1985 demi kelancaran aktiviti penangkapan ikan dalam membekalkan ikan segar yang merupakan sumber protein utama kepada rakyat.