Pilih satu Halaman

Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perikanan Malaysia April 2024.

Utama » Aktiviti » Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perikanan Malaysia April 2024.

30 April 2024

Dalam ucapan YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, jabatan telah berjaya mencapai 36.92% bagi keseluruhan Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) pada sukuan pertama 2024. Beliau pasti, kejayaan ini didasari komitmen oleh kesemua warga DOF dan berharap momentum ini dapat diteruskan sehingga ke penghujung tahun.

YBhg. Dato’ Adnan juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada Pejabat Perikanan Negeri Sembilan, Melaka,
Bahagian Biosekuriti dan Akuakultur atas tindakan tangkas pencegahan yang telah dilaksanakan dengan mengeluarkan larangan menjual telah dapat mengekang kes keracunan memakan kupang dari menjadi meningkat.

Majlis diteruskan dengan penyerahan Sumbangan Kempen Tabung Pahlawan (KTP) Tahun 2024 kepada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Cawangan Putrajaya yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Turut hadir dalam majlis ini ialah YBrs. Tuan Haji Wan Muhammad Aznan bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan), YBrs. Dr. Azhar bin Hamzah, Pengarah Kanan Institut Penyelidikan Perikanan, pengarah-pengarah negeri dan bahagian serta warga Jabatan Perikanan.