Pilih satu Halaman

Majlis Penyerahan Keahlian Kehormat Malaysian Shellfish Society (MSS) kepada YBhg. Dato Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Utama » Aktiviti » Majlis Penyerahan Keahlian Kehormat Malaysian Shellfish Society (MSS) kepada YBhg. Dato Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

26 April 2024

Telah berlangsung Majlis Penyerahan Keahlian Kehormat Malaysian Shellfish Society (MSS) kepada YBhg. Dato Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia di Senat Lounge, Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu. Penganugerahan keahlian kehormat kepada YBhg Dato’ KPP bagi menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh beliau dalam industri perikanan negara.

Malaysian Shellfish Society (MSS) telah tubuhkan pada 21 September 2023. Penubuhan MSS bertujuan untuk memfokuskan dan memperkasakan industri akuakultur merangkumi invertebrata akuatik dalam kumpulan krustasia dan moluska, menghimpunkan semua pemegang taruh yang terlibat secara langsung atau tidak langsung berkaitan dengan industri kerang-kerangan dan membantu kerajaan dalam melaksanakan usaha untuk mencapai aspirasi Negara dalam aspek keterjaminan dan keselamatan makanan.