Pilih satu Halaman

Lawatan Tapak Laman Perikanan Sempena MAHA 100 Tahun

Utama » Aktiviti » Lawatan Tapak Laman Perikanan Sempena MAHA 100 Tahun

26 Jun 2024

YBrs. Tuan Haji Bohari bin Haji Leng, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pembangunan) meninjau kerja-kerja persiapan di tapak lokasi Laman Agrofood Perikanan sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 yang akan berlangsung pada 11 hingga 22 September 2024 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Penerangan status semasa persiapan laman perikanan telah disampaikan oleh Encik Nummeran bin Mohd Nordin, Ketua Cawangan Promosi dan Informasi, Bahagian Pengembangan Perikanan.

Hadir sama, Puan Yeo Moi Eim, Pengarah Kanan Biosekuriti Perikanan, Puan Shamila binti Zainol, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan, serta pegawai-pegawai perikanan Ibu Pejabat.