Pilih satu Halaman

Lawatan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia ke LPY Akuakultur Sdn Bhd.

Utama » Aktiviti » Lawatan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia ke LPY Akuakultur Sdn Bhd.

27 April 2024

Syarikat LPY Akuakultur SDN BHD mula beroperasi pada 2 januari 2023. Syarikat ini adalah teraju utama pengeluaran ikan kaloi spesies Osphronemus Goramy, sejenis ikan air tawar yang berkualiti tinggi di peringkat pembenihan dan asuhan. Ikan ini berpotensi menjadi alternatif protein yang premium buat rakyat Malaysia.

YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain Ketua Pengarah Perikanan Malaysia diberikan taklimat ringkas berkenaan operasi syarikat ini oleh YBhg. Datuk Hj. Mohd Sukor Abd Manan, salah seorang pengarah syarikat dan melawat ke kolam ternakan ikan.

Turut hadir sama Puan Noraisyah binti Abu Bakar Pengarah Perikanan Negeri Selangor serta pegawai-pegawai perikanan negeri.