Pilih satu Halaman

Kunjungan Hormat daripada Jabatan Perkhidmatan Awam

Utama » Aktiviti » Kunjungan Hormat daripada Jabatan Perkhidmatan Awam

4 Jun 2024

Jabatan Perikanan Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada YBrs. Dr. Nor Azlin Mohammad Shamsudin dan wakil-wakil dari Bahagian Gaji dan Elaun (BGE) JPA di Jabatan Perikanan Malaysia, Wisma Tani hari ini dalam usaha untuk merealisasikan pelaksanaan Program Kampung Angkat Madani JPA.

Antara perkara-perkara yang dibincangkan meliputi pelbagai projek cadangan dan pengisian Kampung Angkat MADANI oleh JPA termasuklah cadangan awal untuk memajukan agrotourisme berkaitan sektor perikanan melalui myKP Pulau Aman.

Perbincangan ini dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Adnan Bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta dihadiri pegawai-pegawai perikanan.