Pilih satu Halaman

Kunjungan Hormat dan Mesyuarat Bersama Persatuan Pembantu Perikanan Malaysia (Alumni FA).

Utama » Aktiviti » Kunjungan Hormat dan Mesyuarat Bersama Persatuan Pembantu Perikanan Malaysia (Alumni FA).

3 Mei 2024

Ketua Pengarah Perikanan telah menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Pembantu Perikanan yang diwakili oleh YBrs. Tn. Hj. Zakaria Abdul Rahman di Wisma Tani, Putrajaya.

Tujuan kunjungan hormat kali ini adalah untuk mengeratkan silaturahim diantara pesara Pembantu Perikanan bersama pengurusan tertinggi Jabatan dan membincangkan berkenaan peluang-peluang sumber bantuan daripada jabatan seperti bantuan SpeKS dan lain-lain. Di samping itu, tujuan lain adalah untuk memperkenalkan barisan ahli pengurusan Alumni FA.