Pilih satu Halaman

Jabatan Perikanan Selangor Tumpu Pemuliharaan Sumber Perikanan Darat

Utama » Aktiviti » Jabatan Perikanan Selangor Tumpu Pemuliharaan Sumber Perikanan Darat

9 Jun 2024

Jabatan Perikanan Negeri Selangor meneruskan Program Pemuliharaan Sumber Perikanan Darat siri II dengan memfokuskan aktiviti memburu ikan asing bersama komuniti bagi mengekang kebanjiran populasi ikan asing invasif yang telah menjejaskan spesies ikan asli dalam ekosistem perairan negara.

Program yang diadakan di Denai Sungai Kebangsaan, Hulu Langat ini telah rasmikan Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor, Yang Berhormat Tuan Ir. Izham Bin Hashim. Hasil tangkapan pada program hari ni sebanyak 737 kg ikan bandaraya berjaya dinaikkan.

Program ini juga mendapat kerjasama daripada Komuniti Pemburu Ikan Bandaraya (KPIB), Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Selangor, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Mara (UiTM). Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Syarikat Air Selangor dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

Pada program yang sama, turut diadakan aktiviti pelepasan 10,000 ribu ekor benih ikan lampam sungai ke Sungai Langat. Pihak Jabatan juga turut menyumbang peralatan kepada KPIB berupa jala tangsi, penimbang gantung dan sarung tangan bagi kegunaan komuniti semasa memburu ikan asing.

Turut hadir sama dalam program ini Puan Noraisyah binti Abu Bakar, Pengarah Perikanan Negeri Selangor dan kakitangan Pejabat Perikanan Negeri Selangor.