Pilih satu Halaman

Jabatan Perikanan Malaysia Telah Menahan 10 Buah Vesel Tunda Yang Menceroboh Zon Larangan Penangkapan Ikan

Utama » Aktiviti » Jabatan Perikanan Malaysia Telah Menahan 10 Buah Vesel Tunda Yang Menceroboh Zon Larangan Penangkapan Ikan

13 Mei 2024

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) melalui Pangkalan Konservasi dan Perlindungan Perikanan Langkawi telah melaksanakan OPS Rentas di Perairan Negeri Kedah dan Pulau Pinang.

Hasil dari Ops tersebut, DOF telah berjaya menahan dan menyita sebanyak 10 buah vesel pukat tunda yang menceroboh Zon Larangan Penangkapan Ikan bagi vesel komersial iaitu di Perairan Taman Laut Pulau Payar dan Perairan Mukahead hingga ke Perairan Gertak Sanggul, Pulau Pinang.

Vesel-vesel tersebut telah di dapati beroperasi menangkap ikan di Kawasan Taman Laut, beroperasi kurang dari 15 batu nautika dari daratan terhampir, galangan terhadap pegawai berkuasa dan melindungi nombor pendaftaran dari dilihat oleh pegawai berkuasa.

YBrs. Tuan Haji Wan Muhammad Aznan bin Abdullah Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan) berkata “Penyitaan ini di lakukan setelah mendapati bahawa vesel-vesel tersebut telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 laltu Perenggan 8(b), Perenggan 43(1)(a), Seksyen 53 dan Sub-peraturan 10(3) Peraturan-Peraturan Perikanan (Kelautan) (Pelesenan Vesel Penangkapan Ikan) 1985.”

Hasil sitaan bagi kesemua vesel tersebut termasuk kelengkapan peralatan menangkap ikan adalah sebanyak RM3.0 juta. Manakala, sebanyak 3,000 kg ikan telah di sita dan di lelong dengan nilai sebanyak RM 10,000.

Seramai 26 orang OKT terdiri daripada 4 orang Warganegara Malaysia, 28 orang Warganegara. Thailand, 1 orang Warganegara Kemboja dan 1 orang Warganegara Laos berumur dari 23 tahun hingga 65 tahun telah di dapati terlibat dalam kesalahan ini..

Jika mempunyai sebarang aduan dan maklumat berkenaan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, di minta untuk menghubungi Pusat Komunikasi Perikanan (FISHCOM) di talian Hotline 24 Jam laltu 03-8888 5019 atau 03 8870 4058 bagi melaporkan kejadian tersebut.