Pilih satu Halaman

Bengkel Memuktamadkan Cadangan Pindaan Akta Perikanan 1985 (Akta 317)

Utama » Aktiviti » Bengkel Memuktamadkan Cadangan Pindaan Akta Perikanan 1985 (Akta 317)

21 Mei 2024

YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah merasmikan penutup Bengkel Memuktamadkan Cadangan Pindaan Akta Perikanan 1985 (Akta 317) yang telah berlangsung selama dua hari pada 20 Mei 2024 hingga 21 Mei 2024.

Beliau berkata sejajar dengan keperluan dan perkembangan semasa industri perikanan di peringkat nasional dan antarabangsa, Akta 317 perlu diperkasakan bagi menangani pelbagai isu dan langkah-langkah pengurusan perikanan dilaksanakan secara holistik.

Untuk makluman Bengkel yang berlangsung selama dua hari ini adalah penting untuk memuktamadkan matriks pindaan sebelum dikemukakan ke pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) pada awal Jun ini.

Turut hadir, YBrs. Tuan Haji Wan Muhammad Aznan bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan), YBrs. Dr. Azhar bin Hamzah, Pengarah Kanan Institut Penyelidikan Perikanan Batu Maung, En. Nazri bin Ishak, Pengarah Bahagaian Dasar dan Perancangan Strategik dan pegawai-pegawai Jabatan Perikanan Malaysia.