Pilih satu Halaman

6-9 Mei 2024 I Tagaytay, Philippines.

Utama » Aktiviti » 6-9 Mei 2024 I Tagaytay, Philippines.

9 Mei 2024

YBrs. Tuan Haji Bohari bin Haji Leng, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pembangunan) dan Encik Nazri bin Ishak, Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Jabatan Perikanan Malaysia mewakili Malaysia menghadiri 56th Meeting of the SEAFDEC Council. Mesyuarat yang diadakan pada setiap tahun ini merupakan platform pembuat keputusan tertinggi Southeast Asian Fisheries Development Center (SEAFDEC).

Antara perkara-perkara yang akan dibincangkan adalah mempertimbangkan projek dan program yang dibincangkan di bawah SEAFDEC Program Committee Meeting (PCM) dan Meeting of Fisheries Consultative Group of the ASEAN-SEAFDEC Strategic Partnership (FCG/ASSP); menilai pelaksanaan program dan projek yang telah dan sedang dilaksanakan; memberikan panduan dasar kepada Sekretariat SEAFDEC dalam pengurusan dan pentadbiran SEAFDEC; memberikan hala tuju kepada SEAFDEC bagi perkara-perkara yang menjadi keutamaan negara-negara anggota seperti menangani isu perikanan tidak sah, tidak dilaporkan dan tidak dikawal selia (IUU fishing), pengurusan sumber perikanan, dan pelaporan statistik perikanan.

Selain itu, Sekretariat SEAFDEC juga membuat pelaporan kepada Ahli Majlis (Council Members) berkaitan penglibatan SEAFDEC dalam pelbagai forum antarabangsa, pelaksanaan projek-projek yang menerima dana antarabangsa serta potensi kerjasama dengan organisasi antarabangsa.