Pilih satu Halaman

Sijil Tempasal Bukan Keutamaan Ikan dan Hasilan Ikan (Chapter III, Kod HS)

Utama » Perkhidmatan » Import & Eksport » Permohonan Sijil Sokongan Eksport Ikan dan Hasilan Ikan » Sijil Tempasal Bukan Keutamaan Ikan dan Hasilan Ikan (Chapter III, Kod HS)

Sijil Tempasal (COO) merupakan suatu dokumen tempasal mengesahkan status tempat asal sesuatu produk yang dieksport. Dokumen ini bukanlah satu syarat wajib untuk tujuan eksport. Walau bagaimanapun, dokumen ini akan dikeluarkan sekiranya diperlukan oleh negara pengimport bertujuan untuk mengesahkan status negara asal produk yang diimport. Sijil ini dikeluarkan mengikut permintaan pengeksport dan pengeluar sijil perlu memahami peraturan pengeluaran seperti yang termaktub di dalam Peraturan Tempasal, Pertubuhan Perdagangan Dunia.

Objektif

  1. Penyeragaman prosedur pengeluaran Sijil Tempasal bagi pengesahan tempat asal ikan dan hasilan ikan dalam Chapter 3 Kod Harmonised System di semua Pejabat Perikanan Negeri.
  2. Panduan selaras bagi proses Pengeluaran Sijil Tempasal oleh semua Pejabat Perikanan Negeri di pintu keluar berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disediakan.

Pegawai Bertanggungjawab

Prosedur ini terpakai kepada semua Pegawai Perikanan yang diturunkan kuasa oleh Ketua Pengarah Perikanan (KPP) di bawah Seksyen 3 (4) Akta Perikanan 1985 (Akta 317), selaras dengan penurunan kuasa pengeluaran COO oleh MITI.

Skop

  1. Terhad kepada komoditi ikan dan hasilan ikan yang tersenarai di dalam Chapter 3 Kod HS sahaja.
  2. Dokumen pengesahan tempat asal bagi komoditi dalam Chapter 3 Kod HS yang dieksport keluar dari Malaysia.

Punca Kuasa

  1. Rules of Origin in the World Trade Organization (WTO)
  2. Akta Perikanan, 1985.
  3. Peraturan-peraturan Perikanan (Pematuhan Kawalan Penyakit Ikan bagi Eksport dan Import), 2012.
  4. Keputusan Jemaah Menteri pada 10 Mac 2017 yang meminta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menguruskan pengeluaran STBK bagi udang ke Amerika Syarikat.
  5. Akta Perkhidmatan Permeriksan dan Kuarantin Pertanian Malaysia, 2011.

Syarat-syarat mengeksport ikan dan hasilan ikan di bawah Chapter 3 Kod HS:

  1. Pemohon (pengilang dan pengeksport) berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia dengan mengisi borang pendaftaran mengikut aktiviti dan disertakan dengan dokumen-dokumen berikut: 
    • Sijil pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
    • Sijil pendaftaran daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) / KKM bagi ikan dan hasilan ikan yang melalui proses nilai tambah dan pembungkusan khas di kilang.
    • Lesen Borong daripada LKIM.
    • Sijil Hazard Analysia of Critical Control Point (HACCP) / Amalan Pengilangan Baik (Good Manufacturing Practices – GMP) / MeSTI.
  2. Syarat permohonan pengesahan Sijil Tempasal mengikut jenis komoditi:
    • Dibungkus segar / sejuk dingin / sejuk beku di Malaysia; 100% produk tempatan (akuakultur / perikanan tangkapan); dan dieksport melalui laut (destinasi jauh) dan udara;
    • Dibungkus segar / sejuk dingin / sejuk beku di Malaysia; 100% hasilan tempatan (akuakultur / perikanan tangkapan); dan dieksport melalui laut (negeri sempadan) dan darat;
    • Dibungkus dan dieksport melalui / di dalam kawasan kawalan kastam (Zon Perdagangan Bebas / gudang terikat (Bonded warehouse));
    • Dibungkus segar / sejuk dingin / sejuk beku di Malaysia dan melalui proses transformasi yang mengubah klasifikasi kod tarif di peringkat enam (6) digit pertama.
    • Diimport dan dipecahkecil dan dibungkus; dan dieksport semula.
  1. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Unit Biosekuriti Perikanan Negeri (UBPN) di pintu keluar (Rujuk Carta Alir Permohonan).
  2. Dokumen yang perlu dikemukakan seperti berikut:
    • Borang Permohonan BPKT-01 – sekurang-kurangnya tiga (3) hari bekerja sebelum tarikh eksport;
    • Permohonan perlu disertakan dengan dokumen berkaitan yang lengkap ke UBPN di mana premis beroperasi mengikut kategori jenis komiditi yang hendak di eksport. Sila rujuk Jadual berikut.
    • Untuk konsainan udang eksport ke Amerika Syarikat, pemohon perlu mengemukakan Borang Pengisytiharan bagi Udang (Shrimp Declaration Form), DS 2031 bersama dokumen lain.
    • Bill of Lading atau Airway Bill boleh dihantarkan kemudian setelah pemohon menerima dokumen berkenaan daripada penguasa pelabuhan ataupun lapangan terbang.
  3. Tempoh piagam pelanggan bagi pemprosesan dan kelulusan sijil tempasal adalah selama tujuh (7) hari bekerja selepas dokumen lengkap permohonan diterima oleh Jabatan.

Unit Biosekuriti Perikanan Negeri (UBPN) di pintu keluar hendaklah mengambil beberapa tindakan seperti berikut:

  1. Menyemak permohonan dan semua dokumen yang diterima daripada pemohon.
  2. Memasukkan nombor Bill of Lading / Air Way Bill di dalam Sijil Tempasal.
  3. Mencetak Sijil Tempasal dengan menggunakan kertas sekuriti dan mengemukakan kepada Pengarah Kanan Bahagian Biosekuriti Perikanan/Ketua Cawangan Audit Pensijilan dan CITES untuk Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Selangor dan Pengarah/Timbalan Pengarah PPN Negeri bagi negeri lain untuk tandatangan dan cop rasmi Jabatan.
  1. Unit Biosekuriti Perikanan Negeri pintu keluar hendaklah mengeluarkan Sijil Tempasal kepada pemohon setelah mendapati pemohon telah memenuhi dan mematuhi kesemua keperluan eksport.
  2. Sijil Tempasal hendaklah diluluskan dan ditandatangani oleh Pengarah  Perikanan Negeri yang diturunkan kuasa oleh Ketua Pengarah Perikanan (KPP) di bawah Arahan Pelaksanaan Tugas Di Bawah Program Biosekuriti Perikanan.
  3. Unit Biosekuriti Perikanan Negeri hendaklah memaklumkan kepada pemohon secara bertulis sekiranya terdapat penolakan bagi sebarang permohonan Sijil Tempasal berdasarkan sebab-sebab berikut:
    • Kelewatan dalam mengemukakan permohonan
    • Permohonan tidak lengkap
    • Permohon tidak memenuhi kelayakan pemohon
    • Atau terdapat unsur-unsur pengisytiharan palsu oleh pemohon
  1. Unit Biosekuriti Perikanan Negeri boleh mengeluarkan semula sijil yang sama sekiranya pemegang sijil membuat permohonan secara bertulis. Penggantian semula sijil hanya boleh dibuat bagi sebab-sebab seperti berikut:
    • Sijil yang dikeluarkan telah hilang.
    • Sijil dibuktikan rosak.
    • Kesilapan maklumat disebabkan oleh pemohon/ UBPN semasa pengeluaran sijil.
  2. Sekiranya sijil yang hilang telah dijumpai semula maka pemegang sijil perlu mengembalikan sijil berkenaan kepada UBPN yang mengeluarkannya. Unit Biosekuriti Perikanan Negeri hendaklah membatalkan, merekodkan dan memfailkan sijil tersebut.
  3. Unit Biosekuriti Perikanan Negeri hendaklah meminta pemegang sijil yang rosak untuk menyerahkan Sijil Tempasal  yang asal bagi tujuan penggantian sijil.
  4. Penggantian Sijil Tempasal  tidak boleh dibuat sekiranya berlakunya sebab-sebab berikut:
    • Perubahan kuantiti atau spesies udang dari permohonan asal; atau
    • Pengisytiharan maklumat yang salah oleh pemegang sijil semasa permohonan
  1. Unit Biosekuriti Perikanan Negeri boleh membatalkan suatu Sijil Tempasal  sekiranya berlaku beberapa perkara seperti berikut:
    • Memperolehi sijil melalui penipuan seperti membuat pengisytiharaan palsu semasa permohonan sijil.
    • Pembatalan konsainan boleh pengeksport dan berlaku kemalangan di laut.
  2. Unit Biosekuriti Perikanan Negeri hendaklah menjalankan satu penyiasatan dalam tempoh 24 jam selepas penerimaan maklumat untuk mengesahkan kesahihan maklumat yang diterima bagi tujuan pembatalan sijil. Sekiranya hasil siasatan membuktikan maklumat yang diterima adalah benar maka UBPN boleh membatalkan Sijil Tempasal  tersebut dengan serta-merta dengan memaklumkan kepada pemegang sijil secara bertulis.
  3. Bahagian Biosekuriti Perikanan akan mengeluarkan notifikasi rasmi pembatalan sijil kepada Pihak Berkuasa Kompeten negara pengimport melalui kaedah rasmi dengan kadar yang segera sekiranya konsainan telah sampai di negara pengimport
Borang / DokumenMuat Turun
Borang Permohonan Sijil Import dan Eksport (BP-KT01)
Carta Alir Permohonan Sijil Tempasal Bukan Keutamaan (STBK)
Borang DS 2031
Senarai Semak Dokumen Iringan Permohonan Sijil STBK

Perkhidmatan