Pilih satu Halaman

Sijil Tempasal Ikan Hidup

  1. Sijil Tempasal (Tempat Asal) adalah suatu Sijil yang mengesahkan bahawa kosainan untuk eksport ke Luar Negara adalah diperolehi dari sumber (ladang akuakultur atau vesel penangkapan ikan) yang berasal di Malaysia.
  2. Garis panduan ini disediakan bagi memperjelaskan mengenai prosedur pengeluaran sijil tempasal untuk membuktikan konsainmen yang dieksport berasal dari Malaysia.  Selain daripada itu, prosedur ini disediakan sebagai panduan kepada penjawat Jabatan Perikanan yang berkaitan di dalam pengeluaran Sijil Tempasal. Memastikan pengeluaran Sijil Tempasal mengikut prosedur yang ditetapkan dan standard.

Skop

Prosedur ini merangkumi aspek pembuktian bahawa ikan dan produk ikan adalah diternak/ditangkap adalah berasal dari tanah/perairan Malaysia termasuk pemeriksaan premis, kebolehkesanan, pemantauan berkala kepada ladang berdaftar dan pertimbangan khas kepada ladang yang tidak berdaftar.

Undang-Undang Berkaitan dan Kuasa

  1. Seksyen 40, Akta Perikanan 1985.
  2. Apa-apa akta dan peraturan dari Negara Pengimport yang berkaitan.

Permohonan daripada Kilang Pemprosesan

  1. Pemohon (kilang) mempunyai HACCP Kementerian Kesihatan Malaysia atau dari mana-mana badan pensijilan yang diiktiraf oleh negara pengimport.
  2. Pemohon telah memperolehi Sijil Kesihatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
  3. Bahan mentah yang diperolehi adalah dari sumber yang berasal dari Malaysia dan diproses di premis seperti di para 4.1.1.
  4. Sumber bahan mentah hendaklah dari:
    • Ladang yang mengamalkan Amalan Akuakultur Baik/Mempunyai sijil SPLAM atau Sijil SAAB atau Sijil Kualiti Ikan/ terlibat di dalam Aquaculture Residue Monitoring Programme (ARMP) / Berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia/Seliaan Jabatan Perikanan Malaysia.
    • Bagi ladang yang tidak berdaftar dan tidak berada dalam mana-mana program seliaan Jabatan.  Ladang berkenaan perlu mengemukakan bukti;
      • Rekod Perolehan Bahan Mentah (benih ikan, rekod pembelian makanan, rekod pemberian makanan ternakan).
      • Rekod Tuntutan Kerja Lebih Masa Pekerja.
      • Bil Utiliti / Elektrik mengikut bulan daripada tarikh penebaran benih).
    • Vesel yang dilesenkan dengan Jabatan Perikanan Malaysia.
    • Bagi ekport ke Negara Kesatuan Eropah perlu mengamalkan Amalan Kebersihan atas bot (HOB)/Bukan vesel IUU (Ilegal, unreported and unregulated) dan terlibat di dalam program persampelan Sanitary and Phytosanitary – SPS Marin.
  5. Mempunyai rekod traceability (kebolehkesanan) dari sumber pengeluaran (Lampiran C).

Permohonan dari Pengeksport Ikan Hidup

  1. Pengeksport/Ladang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia dan di bawah seliaan Program Survelan Kesihatan.
  2. Pemohon telah memperolehi Sijil Kesihatan dari Jabatan Perikanan Malaysia.
  3. Mempunyai rekod traceability (kebolehkesanan) dari sumber pengeluaran (Lampiran C).

Prosedur ini disediakan bagi memastikan produk dari Malaysia adalah selamat untuk kegunaan manusia disamping mengekalkan reputasi nama baik Malaysia sebagai negara pengeksport. Justeru pemohon hendaklah mematuhi beberapa langkah berikut:

  1. Proses kerja pengeluaran Sijil Tempasal adalah seperti di Carta Alir.
  2. Pemohonan  Sijil Tempasal hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Perikanan Negeri di mana kilang/pengeskport itu berada dengan menggunakan Borang BP-KT01.
  3. Pemohon mestilah mengemukakan senarai ladang yang membekalkan bahan mentah atau ikan hidup kepada kilang/pengeksport (Borang Dayajejak).
  4. Pegawai dari Jabatan Perikanan Malaysia akan menjalankan senarai semak ke atas dokumen yang disertakan dan memastikan pembekal bahan mentah/ikan hidup adalah dari senarai nama ladang/vesel/pengeksport di bawah Program Survelan Kesihatan dan/atau Program Pemantauan dan Pensijilan Jabatan.
  5. Sijil Tempasal bagi Ikan Hidup dan Sijil Tempasal Bagi Produk Ikan akan dikeluarkan berdasarkan pemeriksaan dokumen yang telah disenarai semak.
  6. Sijil Tempasal hanya akan dikeluarkan setelah Jabatan mendapati semua dokumen yang dikemukakan adalah lengkap dan sah bahawa bahan mentah/ikan hidup adalah dari Malaysia
  1. Sijil Tempasal boleh dibatal sekiranya berlaku beberapa perkara seperti berikut:
    • Berlaku rebakan penyakit di premis yang telah diluluskan/diperiksa selepas sijil kesihatan dikeluarkan.
    • Berlaku pengisytiharaan palsu oleh pengimport berkenaan dengan status kesihatan, sumber ikan, maklumat kebolehkesanan yang tidak lengkap.
  2. Sijil Tempasal yang telah dikeluarkan boleh diganti sekiranya pemohon   membuktikan:
    • Pengesahan dari pihak pengimport berkenaan KETIADAAN Sijil Tempasal semasa penerimaan konsainan.
    • Sebarang dokumen rasmi yang telah dihantar ke negara pengimport (dokumen transaksi eksport daripada agen penghantaran yang membuktikan sijil Kesihatan dilampirkan semasa transaksi eksport dilakukan).
  3. Sekiranya sijil yang hilang dijumpai semula, pemohon perlu mengembalikan sijil berkenaan ke Pejabat yang mengeluarkannya.
  4. Sebarang pembatalan atau penarikan semula sijil tempasal yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia akan dimaklumkan kepada pihak berkuasa negara pengimport serta merta.

Borang / DokumenMuat Turun
Borang Permohonan Sijil Import dan Eksport (BP-KT01)
Carta Alir Pengeluaran Sijil Tempasal
Sijil Tempasal Ikan Hidup
Sijil Tempasal Produk Ikan

Perkhidmatan