Pilih satu Halaman

U.S. Shrimp Exporter/Importer’s Declaration (DS 2031)

Utama » Perkhidmatan » Import & Eksport » Permohonan Sijil Sokongan Eksport Ikan dan Hasilan Ikan » U.S. Shrimp Exporter/Importer’s Declaration (DS 2031)

Pemerintah Amerika Syarikat melalui Undang-undang Awam 101-162 Seksyen 609 yang diwartakan pada 21 November 1989 telah melarang kepada pengimportan udang yang ditangkap menggunakan teknologi perikanan komersial yang memberikan kesan buruk kepada penyu (penggunaan Turtle Excluder Devices).  Sejak bulan September 1996, pengeksportan udang laut tangkapan menggunakan pukat tunda tidak dibenarkan untuk dieksport bagi pasaran Amerika Syarikat.  Setiap udang yang dibawa masuk ke Amerika Syarikat perlulah membuat pengisytiharan bahawa udang berkenaan adalah daripada aktiviti akuakultur dengan menggunakan Borang DSP 121 (sekarang dikenali sebagai borang DS 2031).

ButiranSenarai Negara
Negara Yang Mewajibkan Penggunaan TED (13 Negara)Belize, colombia, Ecuador, El-Salvador, Guatemala, Guyana, Honduras, Madagascar, Nicaragua, Nigeria, Pakistan, Panama dan Surinam.
Penangkapan Ikan Tidak Mengancam Penyu (25 Negara, 1 Ekonomi) – menggunakan peralatan bukan mekanikal (9 Negara, 1 Ekonomi)Bahamas, China, Republik Dominika, Fiji, Hong Kong, Jamaica, Oman, Peru, Sri Lanka dan Venezuela.
Menangkap Ikan di Perairan Sejuk (16 Negara)Argentina, Belgium, Canada, Chile, Denmark, Finland, Germany, Iceland, Ireland, the Netherlands, New Zealand, Norway, Russia, Sweden, United Kingdom dan Uruguay.
Jadual 1 : Senarai Negara Yang Dibenarkan Menjual Udang Tangkapan Laut ke USA

Komponen Penting Dalam Pengakusaksian

Pengesahan pihak berkuasa kompeten negara pengeksport melalui Sistem Dayajejak bagi pergerakan komoditi terbabit daripada ladang sehingga ke premis pengeksport dan seterusnya sehingga ke kontena sebelum berlepas meninggalkan negara pengeksport.

Borang dan Dokumen

Tatacara Proses Pengeluaran DS 2031

  • Pemohon memohon sijil daripada Pejabat Perikanan Negeri / Unit Biosekuriti Perikanan Negeri (Borang BP-KT01).
  • Menghantar Sijil DS 2031 yang telah diisi bersama borang BPKT01 ke pejabat pengeluar sijil.
  • Negeri – buat semakan kuantiti udang yang hendak dieksport dengan dokumen BP-DJ01.

Tanggungjawab dan Aliran Kerja bagi Tatacara Proses Pengeluaran DS 2031

Perkhidmatan