Pilih satu Halaman

Sijil Kesihatan Ikan Hidup

Industri perikanan pada masa kini semakin berkembang pesat dan merupakan penyumbang utama kepada ekonomi negara. Selain daripada untuk pengguna domestik hasil perikanan negara juga turut di eksport ke luar negara. Pengeluaran Sijil Kesihatan merupakan peringkat terakhir di dalam menentusahkan konsainan ikan hidup yang keluar dari Malaysia adalah bebas penyakit. Pengeluaran sijil ini merupakan satu jaminan rasmi daripada Jabatan Perikanan Malaysia bahawa ikan yang bakal dibawa masuk ke negara pengimport telah menjalani beberapa peringkat pemantauan dan prosedur kawalan kesihatan yang tegas daripada pihak Jabatan Perikanan Malaysia.

Prosedur ini disediakan bagi menyelaras dan menyeragamkan prosedur pengeluaran sijil kesihatan mengikut keperluan negara pengimport ikan hidup Malaysia.

Objektif

  1. Sijil Kesihatan dikeluarkan adalah sebagai bukti dan jaminan bahawa komoditi yang ingin di eksport adalah bebas daripada sebarang penyakit.
  2. Sijil tersebut juga adalah bukti bahawa ternakan yang ingin dieksport telah memenuhi dan mematuhi keperluan dan piawaian yang telah ditetapkan oleh Negara pengimport.

Skop Pengeluaran Sijil

Pengeluaran Sijil Kesihatan merangkumi semua prosedur pengeluaran sijil kesihatan ikan hidup.

Peraturan, Keperluan dan Panduan

  1. Peraturan:
    • Pengeluaran Sijil Kesihatan adalah tertakluk kepada Seksyen 40 (1) dan (2) Akta Perikanan 1985 (Akta 317).
    • Peraturan-peraturan Perikanan (Kawalan Kualiti Ikan bagi Eksport ke Kesatuan Eropah) 2009. 
    • Peraturan-Peraturan Perikanan (Pematuhan Kawalan Penyakit Ikan Bagi Eksport Dan Import) 2012.
  2. Pemohon hendaklah pengeksport yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia.
  3. Sumber hendaklah dari:
    • Ladang yang didaftarkan / diselia oleh Jabatan Perikanan Malaysia.
    • Ladang yang mempunyai sijil kualiti ikan (Fish Quality Certificate) yang merupakan syarat utama untuk mengeksport ikan hidup ke EU.
    • Ladang dipersijilkan myGAP.
    • Ladang yang terlibat dalam proram pensampelan.
    • Ladang membuat pensampelan sendiri.
  4. Pemohon mestilah memenuhi dan mematuhi segala keperluan eksport yang ditentukan oleh negara pengimport.
  5. Pengeksport berdaftar hendaklah mengemukakan permohonan tujuh (7) hari bekerja sebelum tarikh pengeksportan sebenar kecuali bagi negara Australia di mana perlu dikemukakan 16 hari bekerja sebelum dieksport melalui Borang Permohonan BPKT-01 bagi setiap konsainan.
  6. Mempunyai rekod traceability dari ladang.

Prosedur ini disediakan bagi memastikan pengeksportan ikan hidup dari Malaysia adalah terkawal dan selamat dari sebarang jangkitan penyakit di samping mengekalkan reputasi nama baik Malaysia sebagai negara pengeksport.

Prosedur permohonan sijil kesihatan adalah seperti dibawah:-

  1. Pemohonan hendaklah dikemukakan kepada Unit Biosekuriti Perikanan Negeri (UBPN) mengikut lokasi premis pengeksport. Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:
  • Borang Permohonan Sijil – Borang BPKT-01
  • Inbois / Packing List
  • Borang kebolehkesanan (Traceability)
  • Salinan Sijil Kualiti Ikan (FQC) – bagi pengeksportan ke EU

2. Permohon hendaklah mengemukakan permohonan tujuh (7) hari bekerja sebelum tarikh pengeksportan sebenar kecuali bagi negara Australia di mana perlu dikemukakan 16 hari bekerja sebelum dieksport. Permohonan yang dikemukakan lambat tidak akan dilayan.

Unit Biosekuriti Perikanan Negeri (UBPN) akan menjalankan pemeriksaan ke atas premis pengeksport berdaftar dengan menggunakan Borang Pemeriksaan Konsainan Eksport (ECI-01) mengikut keperluan kuarantin negara pengimport seperti berikut:

  1. Kesatuan Eropah (EU) – 72 jam sebelum tarikh eksport.
  2. Australia – dua (2) kali dalam tempoh 14 hari sebelum tarikh eksport.
  3. Amerika Syarikat – 72 jam sebelum tarikh eksport.
  4. Negara-negara lain – dalam tempoh masa tujuh (7) hari sebelum tarikh eksport.

Pemeriksaan ke atas ikan hidup oleh UBPN akan dijalankan mengikut lokasi premis pengeksport atau pintu keluar (exit point). Sila rujuk contoh-contoh seperti berikut:

Contoh 1: Premis Pengeksport Negeri Perak yang mengeksport melalui Pintu keluar bukan di Perak (contohnya, KLIA) ke Australia/EU;

  • Permohonan dibuat ke Biosekuriti Perak.
  • Pemeriksaan akan dijalankan di premis pengeksport oleh UBPN Perak.
  • Nombor sijil akan dikeluarkan oleh UBPN Perak.
  • Nombor Sijil dan salinan borang IPTE perlu dikemukakan ke UBPN Pintu Keluar (KLIA) untuk proses pengeluaran Sijil Kesihatan Eksport.
  • Penyerahan dan pemeriksaan klinikal dijalankan oleh UBPN Pintu Keluar.

Contoh 2: Premis Pengeksport Negeri Perak yang mengeksport melalui Pintu keluar bukan di Perak (Contohnya, KLIA) ke negara selain Australia/EU;

  • Permohonan dibuat ke Biosekuriti Perak.
  • Nombor sijil akan dikeluarkan oleh UBPN Perak dan dihantar ke UBPN Pintu Keluar (Selangor KLIA).
  • Sijil akan dikeluarkan oleh UBPN Pintu Keluar (Selangor KLIA).
  • Pemeriksaan bagi tanda-tanda klinikal akan dijalankan oleh UBPN Pintu Keluar (KLIA, Selangor) di pintu keluar sebelum sijil diserahkan kepada pengeksport.

Contoh 3: Premis pengeksport Selangor yang mengeksport ke Singapura;

  • Permohonan dibuat ke UBPN Johor.
  • Sijil dikeluarkan hanya untuk Singapura sahaja.
  • Pemeriksaan bagi tanda-tanda klinikal dan penyerahan Sijil Kesihatan akan dijalankan oleh UBPN Johor di pintu keluar.

Contoh 4: Premis yang mengeksport dari Selangor melalui Singapura;

  • Permohonan mengikut 6.2(a) bagi ke Australia/EU dan 6.2(b) bagi bukan Australian/EU.
  1. Sijil Kesihatan boleh dibatalkan sekiranya berlaku beberapa perkara seperti berikut:-
    • rebakan penyakit di premis pengeksport selepas pengeluaran Sijil Kesihatan.
    • pengisytiharaan palsu oleh pengeksport berkenaan mengenai status kesihatan, sumber ikan dan maklumat kebolehkesanan yang tidak lengkap.
  2. Sebarang pembatalan Sijil Kesihatan yang telah dikeluarkan oleh UBPN harus dimaklumkan secara surat rasmi kepada Bahagian Biosekuriti Perikanan (Cawangan Pengauditan dan Pensijilan) dalam tempoh masa satu (1) jam selepas pembatalan sesuatu sijil  bagi tujuan notifikasi penarikan sijil dari negara pengimport.
  1. Sijil Kesihatan yang telah dikeluarkan oleh UBPN boleh diganti semula sekiranya pemohon  dapat mengemukakan:
    • pengesahan dari pihak pengimport berkenaan bahawa Ketiadaan Sijil Kesihatan semasa penerimaan konsainan.
    • sebarang dokumen rasmi yang telah dihantar ke negara pengimport (dokumen transaksi eksport daripada agen penghantaran yang membuktikan Sijil Kesihatan dilampirkan semasa transaksi eksport dilakukan).
  2. Sekiranya sijil yang hilang dijumpai semula, pemohon perlu mengembalikan sijil berkenaan ke UBPN yang mengeluarkannya. UBPN perlu membatalkan, merekodkan dan memfailkan sijil tersebut.
  1. Notifikasi perlu dilakukan apabila berlakunya pembatalan Sijil Kesihatan oleh UBPN. Sijil Kesihatan boleh dibatalkan sekiranya berlaku beberapa perkara seperti berikut :
    – rebakan penyakit di premis pengeksport selepas pengeluaran Sijil Kesihatan.
    – pengisytiharaan palsu oleh pengeksport berkenaan mengenai status kesihatan, sumber ikan dan maklumat kebolehkesanan yang tidak lengkap.
  2. UBPN perlu memaklumkan kepada Bahagian Biosekuriti Perikanan (Cawangan Pengauditan dan Pensijilan) secara surat rasmi besertakan salinan sijil kesihatan yang dibatalkan dalam tempoh masa satu (1) jam selepas pembatalan Sijil Kesihatan.
  3. Pegawai  dari Cawangan Pengauditan dan Pensijilan akan memaklumkan kepada Pihak Berkuasa Kompeten negara pengimport melalui surat atau e-mel  mengenai penarikan sesuatu sijil kesihatan yang telah dikeluarkan dengan kadar yang segera selepas penerimaan laporan pembatalan sijil dari UBPN.
  • Umum
  • Kesatuan Eropah
  • Australia
  • Amerika Syarikat
  • Brazil
  • Iran
  • Republik China
  • Jepun
  • Korea
  • Russia
  • Thailand
  • Taiwan
  • Singapura
Borang / DokumenMuat Turun
Borang Permohonan Sijil Import dan Eksport (BP-KT01)BorangBP-KT01Pindaan1-2011

Perkhidmatan