Pilih satu Halaman

Sijil Kesihatan Makanan Ikan dan Tepung Ikan

Utama » Perkhidmatan » Import & Eksport » Permohonan Sijil Sokongan Eksport Ikan dan Hasilan Ikan » Sijil Kesihatan Makanan Ikan dan Tepung Ikan

Garis panduan pengeluaran Sijil Kesihatan bagi Eksport Tepung Ikan dan Makanan Ikan Malaysia disediakan bagi membantu mempermudahkan laluan pasaran bagi tepung ikan dan makanan ikan Malaysia masuk menembusi pasaran negara China.  Tepung ikan adalah bahan utama sumber protein di dalam ramuan penyediaan makanan ternakan. Kerajaan China telah menetapkan di bawah Dikri No. 118 RRC, Julai 2009 – mengariskan syarat keperluan Sijil Kesihatan untuk Protein Haiwan Akuatik (Tepung Ikan) untuk masuk ke pasaran negara China.

  1. Bekalan tepung ikan mesti dari Kilang Pemprosesan Tepung Ikan yang berdaftar dengan Kerajaan Negara China.
  2. Kilang mesti berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia sebagai Pihak Berkuasa Kompeten tempatan di Malaysia.
  3. Sijil dikeluarkan setelah kilang patuh kepada kehendak Kerajaan Negara China.
  4. Audit Pematuhan akan dijalankan ke atas kilang berdaftar oleh pihak berkuasa tempatan.
  5. Semakan audit/lawatan tapak akan dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Negara China.
  1. Pemohon mengisi maklumat dalam Borang BP-KT01 dan menyertakan dengan Appendix 1 (Maklumat Pengilang).
  2. Laksanakan program pensampelan bagi mengesan kehadiran protein ruminan dan bakteria dalam sampel tepung ikan.  Dapatkan laporan makmal dan hantar laporan makmal ke Unit Biosekuriti Perikanan yang bakal mengeluarkan Sijil Kesihatan (muka depan dan belakang).
  3. Unit Biosekuriti Perikanan akan sediakan sijil dan serahkan kepada pemohon untuk tujuan eksport.
Carta Alir Permohonan Sijil Kesihatan Tepung Ikan
  1. Borang Permohonan Sijil Import dan Eksport (BP-KT01 (Pindaan 1/2011)
  2. Lampiran 1 – Maklumat Produk
  3. Sijil Analisa (Certificate of Analysis)
    • Bebas dari Bahan Ruminan (Confirmed FREE from Ruminant Ingredients), Poultry/Beef/Sheep/Pork;
    • Patuh kepada standard berikut:
      • Salmonella : Absence in 25g, n=5, c=0, M=0
      • Enterobacteriaceae : n=5, c=2, m=10. M=300 in 1g
  4. Packing List
  5. Dokumen dayajejak atau bukti pembelian dari Kilang berdaftar.
Borang / DokumenMuat Turun
Borang Permohonan Sijil Import dan Eksport (BP-KT01)
Appendix 1 - Maklumat Pengilang
Contoh Sijil Analisa (Protein Ruminan)
Contoh Sijil Analisa (Bakteria)
Health Certificate For Aquatic Animal Proteins (Muka Hadapan)
Health Certificate For Aquatic Animal Proteins (Muka Belakang)

Perkhidmatan