Select Page

Fisheries Certificate

Home » Services » Courses & Trainings » Fisheries Certificate
  • Merupakan program pengajian tinggi peringkat sijil yang diperkenalkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia dan dilaksanakan oleh Akademi Perikanan Malaysia.
  • Bertujuan untuk memberi pendedahan tentang industri perikanan secara menyeluruh dengan tumpuan kepada empat (4) aspek utama iaitu Perikanan Tangkapan, Akuakultur, Biosekuriti dan Pengurusan Produk Perikanan Lepas Tuai.
  • Pelajar akan didedahkan dengan ilmu pengetahuan bidang perikanan, kemahiran teknikal perikanan dan kemahiran soft skift melibatkan pembinaan sahsiah diri dan keusahawanan.
  • Pelaksanaan program mengikut piawaian MQA dan telah mendapat akreditasi penuh MQA.
  • Mengeluarkan tenaga kerja mahir sektor perikanan bagi memenufii tenaga kerja seKtor kerajaan dan swasta.
  • Melahirkan modal insan kreatif dan inovatif yang membantu transformasi sektor perikanan.
  • Menyediakan latihan kemahiran dan pengkhususan bagi melahirkan bakal usahawan perikanan.
  1. PLO 1 : Menguasai ilmu dalam pelbagai bidang perikanan.
  2. PLO 2 : Mengaplikasi kemahiran teknikal perikanan bagi menyelesaikan masalah dalam industri perikanan.
  3. PLO 3 : Mengintegrasi ilmu perikanan dengan kemahiran menjalankan kerja-kerja lapangan.
  4. PLO 4 : Mengaplikasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam pembelajaran.
  5. PLO 5 : Mempunyai kebolehan bekerja dalam pasukan.
  6. PLO 6 : Mempamerkan sikap, nilai dan etika kerja sentiasa berusaha mempertingkat diri dan masyarakat.
  7. PLO 7 : Peka terhadap isu-isu semasa dan global dalam bidang perikanan.
BilTahun 1 / Semester 1Kredit
1Pengenalan Perikanan2
2Biologi Ikan3
3Pengajian Malaysia I2
4English Fundamental2
5Sistem Aplikasi Komputer2
6Teknologi Akuakultur I3
7Pengurusan Sumber Perikanan I3
8Kokurikulum1
Jumlah18
BilTahun 1 / Semester 2Kredit
1Asas Statistik dan Penyelidikan3
2English for Communication2
3Teknologi Akuakultur II3
4Pengurusan Sumber Perikanan II3
5Prinsip Akaun3
6Teknologi Perikanan Marin I3
7Teknologi Pemprosesan dan Kualiti Produk I3
Jumlah18
BilTahun 2 / Semester 1Kredit
1Pengurusan Kesihatan Ikan3
2Ekonomi Malaysia3
3Kemahiran Berfikir2
4Kemahiran Keusahawanan2
5Pengurusan Komuniti Nelayan3
6Teknologi Perikanan Marin II3
7Teknologi Pemprosesan dan Kualiti Produk II3
Jumlah19
BilTahun 2 / Semester 2Kredit
1Latihan Industri6
Jumlah6
  • Warganegara  Malaysia berumur di antara 18 hingga 30 tahun (umur semasa memohon kursus) atau hingga 45 tahun (bagi pegawai kerajaan).
  • Berkelulusan SPM atau SPMV atau Lepasan SKM Tahap 2 yang setaraf dengannya dan mempunyai kelayakan yang diperolehi dalam peperiksaan yang sama seperti berikut :
  • Lulus dalam Bahasa Melayu
  • Lulus dalam mata pelajaran Matematik dan Sains
  • Berjaya dalam temuduga yang dijalankan.
  • Sihat tubuh badan.

APM memiliki struktur organisasi yang lengkap dalam menyediakan program latihan di samping mempunyai kemudahan pembelajaran, perkhidmatan dan rekreasi yang mencukupi. Berikut adalah kemudahan program yang boleh diperolehi:

  • Asrama penginapan disediakan
  • Yuran pengajian adalah percuma
  • Makan – minum ditanggung
  • Pelaksanaan Program mengikut Piawaian MQA dan telah mendapat akreditasi penuh.
  • Elaun Bulanan Pelajar
  • Usahawan Produk Perikanan
  • Pengurus Akuakultur
  • Penyelia Dalam Industri Perikanan
  • Usahawan Perikanan Laut Dalam

Layari http://epengambilan.dof.gov.my/app/login untuk permohonan program Sijil Perikanan.

Services

Logo Official Portal DOF