Select Page

Aquaculture Incubator Center

Home » Services » Aquaculture » Aquaculture Incubator Center
  • Program Inkubator Akuakultur merupakan salah satu teras utama perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Perikanan bagi memajukan subsektor akuakultur negara. Pelaksanaan program tersebut bertujuan memberi pendedahan dan penerapan teknologi baru yang lebih cekap dari segi kapasiti pengeluaran, penjimatan kos, pengurangan tenaga manusia, mesra alam sekitar dan pematuhan piawaian perdagangan. Perlaksanaan program ini juga merupakan salah satu pendekatan untuk menggalakkan pelaburan syarikat swasta dalam bidang akuakultur.
  • Program Inkubator Akuakultur yang dijalankan ini meliputi aktiviti latihan (formal atau tidak formal), khidmat sokongan teknikal di lapangan, pinjaman peralatan, bekalan input, pameran, demonstrasi, promosi dan penerbitan media rujukan. Program Pengembangan Akuakultur merupakan tanggungjawab utama Bahagian Pembangunan Akuakultur.

Program Inkubator ini adalah satu program dimana aktiviti menternak atau menghasil/mengasuh benih ikan yang dijalankan di Premis yang dimiliki oleh Kerajaan bagi maksud melatih pengusaha berpandukan kepada khidmat kepakaran yang akan diberikan oleh Jabatan dari masa ke semasa.

  • Jabatan akan menyediakan premis dan peralatan yang berkaitan dengan aktiviti akuakultur, dan pihak swasta dipelawa untuk menyertai program ini.
  • Jabatan akan memberi khidmat nasihat teknikal yang berkaitan dengan aktiviti akuakultur. Khidmat pakar juga turut diberikan dari masa ke semasa.
  • Tumpuan pelaksanaan kepada syarikat yang baru menceburi dalam bidang akuakultur dan mempunyai modal yang mencukupi untuk mengoperasikan projek. Pada masa yang sama pengusaha akuakultur yang baru menceburkan diri dalam bidang akuakultur akan dilatih menerusi program latihan dan kursus-kursus yang dijalankan oleh Jabatan.
  • Tempoh Perjanjian Program Inkubator akuakultur adalah terpakai selama tiga (3) tahun. Selepas tamatnya tempoh perjanjian, inkubatee perlu keluar dan memulakan projek di tapak sendiri. Kemudiannya Jabatan akan memulakan proses pengiklanan semula untuk melatih inkubatee yang baru.
  • Tawaran untuk memohon sebagai peserta Inkubator Akuakultur akan dihebahkan melalui pengiklanan oleh Pejabat Perikanan Negeri.
  • Tawaran untuk memohon sebagai peserta Inkubator Akuakultur akan dihebahkan melalui pengiklanan oleh Pejabat Perikanan Negeri.
  • Penternak yang berminat boleh memohon melalui Pejabat Perikanan Negeri atau Pejabat Perikanan Daerah.
  • Penternak akan dinilai melalui temuduga yang akan diaturkan oleh Pejabat Perikanan Negeri dan sekiranya berjaya, penternak akan diberikan sesalinan Surat Tawaran dan perjanjian akan disediakan setelah penternak menandatangani surat tawaran.
LokasiPenyewaTujuanPejabat / PTJ
Inkubator 1, PPUG Kg AchehDalam proses kemasukan inkubateePembenihan Udang GalahPPUG KG Acheh, Perak
Inkubator Ternakan Ikan MarinUB Usaha Bersama EnterpriseAsuhan benihPejabat Perikanan Negeri Terengganu
Pusat Pengumpulan dan Perdagangan Ikan HiasanPermai Kencana Sdn BhdIkan HiasanPejabat Perikanan Negeri Johor
Inkubator Hatceri Ikan Marin Bukit MalutBlue Larvae Sdn BhdPembenihan Ikan MarinPejabat Perikanan Negeri Kedah
Inkubator Hatceri Ikan Hiasan Port DicksonGreen Land Aquarium & LandscapeIkan Hiasan MarinPejabata Perikanan Negeri Sembilan
Inkubator 2 Pembenihan Udang Galah, PPUGEmpire Akua EnterprisePembenihan Udang GalahPPUG Kg Acheh Perak
Inkubator Hatceri Ikan Hiasan Port Dickson Ruang 2Santuary Horse PLTIkan Hiasan MarinPejabat Perikanan Negeri Sembilan
Inkubator PPA Bukit TinggiMZ AgriculturePembenihan Ikan Air TawarPejabat Perikanan Negeri Pahang
Inkubator Kuala LinggiRai Global Services Sdn BhdPembenihan Udang GalahPejabat Perikanan Negeri Melaka
Hatceri Ikan Marin NasionalAmbang Wibawa Biotech Sdn BhdHatceri Ikan MarinPejabat Perikanan Negeri Pahang
Pusat Asuhan Ikan Marin, Perupok BachokDalam proses kemasukan inkubateeHatceri Ikan MarinPejabat Perikanan Negeri Kelantan
Inkubator Kolam Udang Fasa III, FRI Gelang PatahDalam proses kemasukan inkubateeKolam Ternakan UdangPejabat Perikanan Negeri Johor
Inkubator Kolam Ternakan Udang Air Payau, Pusa, SarawakDalam proses kemasukan inkubateeKolam Ternakan UdangJabatan Perikanan Laut Sarawak
Inkubator Kolam di Kabong, SarawakDalam proses kemasukan inkubateeKolam Ternakan UdangJabatan Perikanan Laut Sarawak
Hatceri Ban Merbok, KedahKosongHatceri Udang GalahPejabat Perikanan Negeri Kedah

Services