Select Page

Entrepreneur Development/Fisheries Agropreneur

Home » Services » Fisheries Extension » Entrepreneur Development/Fisheries Agropreneur

Latar Belakang

  1. Program Rezeki Tani merupakan sebuah program pembasmian kemiskinan dan peningkatan pendapatan yang dijenamakan semula daripada Program AZAM Tani di bawah Kementerian.
  2. Pelaksanaan Program Rezeki Tani dipertanggungjawabkan kepada tiga (3) Jabatan dan tujuh (7) Agensi di bawah Kementerian iaitu DOA, DOF, DVS, FAMA, LPP, LKIM, LPNM, MARDI, MADA dan KADA.
  3. Program ini hanya dilaksanakan di Semenanjung Malaysia sahaja.

Objektif Program

  1. Membantu meningkatkan pendapatan peserta melalui pemberian bantuan projek ekonomi yang melibatkan aktiviti pengeluaran/pemprosesan/ pengedaran/pemasaran berkaitan pertanian, penternakan dan perikanan; dan
  2. Mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran serta daya saing peserta melalui latihan pembangunan modal insan dan latihan teknikal; dan
  3. Membantu mengeluarkan peserta daripada kemiskinan.

Kriteria Penerima Bantuan Baru

  1. Ketua Isi Rumah (KIR) atau Ahli Isi Rumah (AIR) yang berdaftar dalam Sistem eKasih.
  2. Menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  3. Berumur diantara 18 hingga 60 tahun.
  4. Kumpulan Sasar : Ketua Isi Rumah (KIR) atau Ahli Isi Rumah (AIR) dalam kategori B40 seperti berikut:
    • Miskin Tegar
    • Pendapatan Rendah : Terkeluar
      • Pendapatan perkapita ≤ RM 650
      • Pendapatan perkapita ≤ RM 2,614
    • Keutamaan kepada KIR atau AIR yang berpengalaman, berkemahiran dan sedang menjalankan aktiviti berkaitan pertanian, penternakan, perikanan dam pemprosesan produk berasaskan pertanian.
    • Individu (golongan produktif)

Kadar Bantuan

  1. Kadar bantuan maksimum bagi seorang peserta adalah sebanyak RM 10,000 meliputi perkara berikut:
    • Kos pelaksanaan projek iaitu pemberian in-kind seperti kos peralatan, benih, bahan mentah, lesen, pembangunan dan operasi bergantung kepada keperluan dan kemajuan projek peserta sebanyak RM 9,000 ; dan
    • Kos latihan dan kos pengurusan iaitu Latihan Asas dan Lanjutan, Latihan Teknikal yang bersesuaian dengan peserta dan kos pengurusan termasuk kos operasi berkaitan Program Rezeki Tani sebanyak RM 1,000.

Skop Projek

  1. Mengeluarkan hasil dalam tempoh yang pendek (Quick Win Project) iaitu di antara 3 hingga 6 bulan pelaksanaannya, berpotensi memberi pulangan yang baik, produk/perkhidmatan yang mudah dipasarkan, berdaya maju (viable), berdaya tahan (sustainable) serta mengikut kesesuaian persekitaran dan tempat.
  2. Skop Program Rezeki Tani merangkumi semua aktiviti pengeluaran / pemprosesan / pengedaran /pemasaran berkaitan;
    • Pertanian (termasuk perkhidmatan pertanian);
    • Penternakan;
    • Perikanan;
    • Pemprosesan Produk IAT (termasuk produk kraftangan);
    • Perniagaan Tani

Bimbingan dan Pemantauan

  1. Tempoh pemantauan projek peserta adalah selama 3 tahun setelah peserta menerima bantuan peralatan.
  2. Melengkapkan Laporan Pemantauan Program Rezeki Tani.
  3. Maklumat pendapatan projek hendaklah dikemaskini dalam Sistem eKasih.
Tempoh Pelaksanaan ProjekKekerapan Pemantauan
6 bulan pertamaSetiap bulan
Selepas 6 bulanSetiap 3 bulan

Pelaporan

Prestasi Pelaksanaan Program Rezeki Tani hendaklah dilaporkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pemantauan dan Pelaksanaan Program Rezeki Tani secara berkala kepada urusetia Program Rezeki Tani Kementerian.

Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh menghubungi:

Unit Rezeki Tani
Bahagian Industri Makanan dan Asas Tani

Aras G, Blok 4G2, Wisma Tani
No. 28, Persiaran Perdana
62628 PUTRAJAYA.

No. Telefon : 03 – 8870 1793 / 1798
No. Faks : 03 – 8890 5469

Latar Belakang

  1. Agropelancongan adalah aktiviti pelancongan yang berkait dengan sektor pertanian iaitu berasaskan tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani (IAT) dan juga kraftangan.
  2. Kerajaan telah memberi sokongan penuh kepada masyarakat untuk bergiat dalam penerokaan dan pembukaan pusat agropelancongan yang secara tidak langsung menjadi pemangkin kepada peningkatan sosioekonomi masyarakat dan negara.

Objektif Program

  1. Memperkasakan aktiviti ekonomi dan keusahawanan masyarakat tani yang terdiri daripada petani, penternak dan nelayan dengan mempelbagaikan sumber pendapatan mereka; dan
  2. Membuka peluang pekerjaan baru kepada penduduk setempat.

Kriteria Kelayakan Pemohon

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Entiti perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sama ada dibawah Akta Syarikat 1965 (Akta 125) atau enterprise yang diperbadankan dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197).
  3. Koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
  4. Pertubuhan yang berdaftar dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).
  5. Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.
  6. Pengusaha-pengusaha dibawah kategori pengusaha kecil dan mikro yang memperoleh nilai jualan tahunan kurang atau tidak melebihi RM3,000,000.00.
  7. Petani, penternak dan nelayan yang sedang menjalankan aktiviti pengeluaran makanan seperti:
    • Tanaman
    • Perikanan
    • Penternakan; dan
    • Pemprosesan makanan

Komponen Produk

  1. Peruntukan ini memberi tumpuan dan keutamaan kepada pusat-pusat agropelancongan yang telah dibangunkan dimana aktiviti berkaitan perikanan telah dijalankan dan menyediakan aktiviti/produk agropelancongan yang berpotensi menjadi tumpuan pengunjung seperti berikut:
    • Produk berasaskan aktiviti perikanan.
    • Produk berasaskan ladang dan kebun terbuka.
    • Produk berasaskan Pendidikan Perikanan, Konservasi Sumber dan Warisan.
    • Produk berasaskan kesihatan.
    • Produk berasaskan Inap Desa (Homestay).
    • Produk berasaskan makanan.
    • Produk berasaskan kraftangan/kraftani.
    • Produk berasaskan Persidangan, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE).
    • Produk berasaskan budaya.

Skop Pembiayaan

  1. Program ini menyediakan bantuan bagi membina dan menaiktaraf infrastruktur seperti berikut:
    • Jalan crusher run, mini tar dan pembaikan laluan masuk.
    • Pembinaan dan naiktaraf surau.
    • Pembinaan dan naiktaraf dewan, galeri jualan, tandas awam dan pusat informasi pengunjung.
    • Pengindahan landskap.
    • Pembinaan dan naiktaraf longkang/perparitan dan sistem perpaipan dalam kawasan.
    • Pembinaan dan naiktaraf papan tanda.
    • Lain-lain skop kerja bina dan naiktaraf yang mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Agropelancongan, MAFI.
  2. Kerajaan membiayai jumlah kos projek bagi setiap permohonan pada kadar 100% sehingga nilai maksimum RM 200,000.00 sahaja. Pengusaha perlu membiayai baki atau nilai yang melebihi sumbangan Kerajaan.

Pelaporan dan Pemantauan Program

  1. Pusat agropelancongan yang menerima geran perlu mengemukakan laporan bertulis kepada Jabatan Perikanan Malaysia mengenai progres pelaksanaan projek membina dan menaiktaraf infrastruktur, jumlah kutipan hasil dan jumlah pengunjung ke pusat agropelancongan tersebut.
  2. Laporan bergambar bagi projek membina dan menaiktaraf infrastruktur hendaklah dihantar setelah projek siap sepenuhnya atau dalam tempoh tiga (3) bulan mengikut mana yang terlebih dahulu.
  3. Jabatan Perikanan Malaysia selaku jabatan pembimbing akan memantau serta memanjangkan laporan kutipan hasil dan jumlah pengunjung pusat agropelancongan yang dikemukakan pengusaha kepada Bahagian Industri Makanan dan Asas Tani, MAFI setiap bulan selama dua (2) tahun bermula selepas tahun penerimaan geran.
  4. Pelaporan ini membantu Jabatan Perikanan Malaysia dan MAFI untuk menilai impak dan keberkesanan program serta menambahbaik kaedah pelaksanaan program di masa hadapan.

Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh menghubungi:

Cawangan Inovasi dan Pembangunan Usahawan
Bahagian Pengembangan dan Pemindahan Teknologi

Aras 3, Podium 1, Blok 4G2, Wisma Tani
No. 28, Persiaran Perdana
62628 PUTRAJAYA.

No. Telefon : 03 – 8870 4000 / 4541
No. Faks : 03 – 8870 4551

Atau boleh juga ke pautan berikut: https://www.mafi.gov.my/geran-interaktif

Maklumat lanjut berkaitan Program Agropreneur Muda : https://www.mafi.gov.my/agropreneur-muda

Maklumat lanjut berkaitan Geran Pemadanan : https://www.mafi.gov.my/geran-pemadanan

Services

Logo Official Portal DOF