Pilih satu Halaman

Kursus

Utama » Soalan Lazim » Kursus

Permohonan untuk menjalani Latihan Industri/Praktikal untuk pelajar-pelajar IPTA/IPTS di Jabatan Perikanan Malaysia

Anda boleh memohon secara bertulis melalui penyelia Latihan Industri/Praktikal di IPTA/IPTS masing-masing kepada Bahagian Pembangunan Latihan dan Kemajuan Kerjaya, Jabatan Perikanan Malaysia. 

Jenis-jenis kursus yang ditawarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia

Jabatan Perikanan Malaysia mengemaskini maklumat kursus/latihan yang ditawarkan melalui Sistem Permohonan Latihan Jabatan secara atas talian (sistem eLatihan). Sistem berkenaan boleh dicapai melalui alamat url: http://eservices.dof.gov.my.

Pautan sistem ini juga boleh didapati di bahagian Perkhidmatan Atas Talian pada paparan muka depan laman web Jabatan Perikanan Malaysia. Anda boleh mendaftar kedalam sistem eLatihan dan permohonan mengikut kursus boleh dibuat secara terus melalui sistem berkenaan.

Tawaran bantuan kewangan oleh Jabatan Perikanan Malaysia untuk memulakan projek perikanan selepas menghadiri Kursus-kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.

Tiada bantuan kewangan disediakan oleh Jabatan Perikanan. Walau bagaimanapun, Jabatan ada menyediakan khidmat nasihat teknikal tentang cara-cara untuk memulakan sesuatu projek perikanan.

 

Yuran yang dikenakan untuk mengikuti kursus-kursus anjuran Jabatan Perikanan Malaysia

Tiada yuran dikenakan.

Had Umur Kursus

Permohonan kursus untuk Kursus-kursus anjuran Jabatan Perikanan terbuka kepada pemohon berumur di antara 18-60 tahun. Pemohon hendaklah mempunyai kesihatan yang baik, boleh membaca dan menulis serta seorang warganegara Malaysia.