Pilih satu Halaman

Permohonan BUDI MADANI 2024

Utama » Pengumuman » Permohonan BUDI MADANI 2024

11 Jun 2024

BUDI MADANI ialah wadah Kerajaan MADANI memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak. Belanjawan 2024 yang diumumkan, komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.

​Bagi memastikan kebajikan majoriti rakyat terus terpelihara, BUDI MADANI diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula subsidi hanya kepada yang memerlukan. Kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu terus mendapat subsidi bagi mengawal harga barangan, manakala individu terpilih diberikan bantuan tunai bagi membendung kenaikan kos sara hidup.

Justeru itu, Tuan/Puan adalah digalakkan untuk membuat permohonan melalui https://budimadani.gov.my/ .

Sebarang pertanyaan, Tuan/Puan menghubungi talian KPKM: 03-88701207 dan e-mel : geoagroadmin@kpkm.gov.my.

Waktu operasi : 8.30 pagi – 5.30 petang (Isnin hingga Jumaat)

Pertanyaan umum bekenaan BUDI MADANI boleh disalurkan melalui emel kepada budimadani@treasury.gov.my.

Tuan/Puan juga boleh rujuk pada Soalan Lazim berkenaan BUDI MADANI 2024 yang telah disediakan di pautan di bawah ;