Dimaklumkan bahawa Jabatan Perikanan Malaysia akan mengadakan Peperiksaan Peningkatan Secara Lantikan (PSL) dan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan Bilangan 2 Tahun 2026 bagi tujuan pengesahan jawatan dalam perkhidmatan serta peningkatan laluan kerjaya yang akan dijadualkan seperti berikut:
| Bil | PEPERIKSAAN | TARIKH | TEMPAT |
| 1. | Peperiksaan Peningkatan Secara Lantikan | 23 & 24 September 2026 (Rabu & Khamis) | Putrajaya International Convention Centre (PICC) |
| 2. | Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan | 23 & 24 September 2026 (Rabu & Khamis) | Putrajaya International Convention Centre (PICC) |
Calon peperiksaan boleh memuat turun Jadual Peperiksaan, Sukatan Peperiksaan dan Borang Permohonan dari laman web Jabatan di pautan www.dof.gov.my – Warga – Peperiksaan. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah difaks atau dikemukakan kepada Seksyen Naik Pangkat, Prestasi & HRMIS, Bahagian Khidmat Pengurusan selewat-lewatnya pada atau sebelum 21 Ogos 2026.





