Pilih satu Halaman

Borang Usul MBJ

Utama » Warga » Borang Usul MBJ
  1. Mesyuarat MBJ hendaklah ditumpukan kepada perkara-perkara yang melibatkan masalah bersama (common interest);
  2. Contoh perkara-perkara yang boleh dan pernah dibincangkan dalam mesyuarat MBJ adalah seperti berikut:
    • Kewangan dan kemudahan
      • kelewatan bayaran balik tuntutan perjalanan;
      • peruntukan latihan yang tidak mencukupi;
      • kelewatan pembekalan pakaian seragam; dan
      • urusan kelewatan meluluskan cuti.
    • Pentadbiran
      • kemudahan/keselesaan ruang pejabat;
      • isu penggiliran waktu bekerja syif;
      • isu parkir kenderaan;
      • isu penyelenggaraan bangunan dan peralatan pejabat; dan
      • kerosakan mesin/sistem perakam waktu.
    • Sumber manusia
      • penyusunan semula organisasi;
      • kekosongan jawatan;
      • isu penyediaan latihan kepada warga baharu;
      • pusingan kerja dalaman di kalangan warga jabatan;
      • kursus dan latihan dalam perkhidmatan; dan
      • disiplin dan tindakan tatatertib.
    • Kebajikan
      • aktiviti sosial;
      • program sukan;
      • pewujudan tabung kebajikan di peringkat jabatan; dan
      • lantikan penyedia perkhidmatan taska di jabatan.
    • Inovasi dan produktiviti
      • penambahbaikan proses kerja;
      • pengurangan pembaziran dalam pengurusan pejabat; dan
      • pembudayaan teknologi digital dalam urusan kerja.
    • Lain-lain
      • cadangan pelaksanaan mesyuarat MBJ di luar kawasan pejabat;
      • pelancaran kempen peringkat jabatan seperti Kempen Gaya Hidup Sihat; dan
      • masalah lalu lintas.

  1. Perkara Dasar Kerajaan
    • Segala bentuk perbincangan yang bertujuan untuk mengubah sesuatu keputusan dan dasar Kerajaan yang telah ditetapkan dalam Perintah Am, Warta Kerajaan, pekeliling, surat pekeliling atau lain-lain bentuk keputusan dasar adalah tidak dibenarkan untuk dibincangkan dalam Mesyuarat MBJ;
    • Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan boleh memberi penjelasan mengenai perkara dasar untuk melicinkan pelaksanaannya di peringkat jabatan.
  2. Hal Perseorangan
    • Masalah perseorangan atau peribadi tidak perlu dibawa ke dalam mesyuarat MBJ dan hendaklah diselesaikan secara pentadbiran sahaja.
  3. Contoh perkara-perkara yang tidak boleh dibincangkan dalam mesyuarat MBJ adalah seperti berikut:
    • Perubahan pada dasar Kerajaan
      • cadangan penambahan jenis penyakit berjangkit dalam kemudahan Cuti Kuarantin;
      • cadangan penambahbaikan skim perkhidmatan;
      • cadangan pewujudan elaun atau kemudahan baharu dalam Perkhidmatan Awam;
      • cadangan meningkatkan bilangan jumlah pakaian seragam yang dibekalkan kepada pegawai yang layak; dan
      • cadangan memendekkan tempoh berada di gred lantikan bagi urusan kenaikan pangkat secara time-based berasaskan kecemerlangan.
    • Hal-hal perseorangan
      • isu kelewatan bayaran lebih masa kepada seseorang;
      • kerosakan komputer pejabat yang dihadapi oleh seseorang; dan
      • isu kekurangan alat tulis pejabat yang dibekalkan kepada seseorang

Borang Usul MBJ boleh diisi secara atas talian (Google Form) atau secara manual (melalui muat turun dokumen PDF) di pautan berikut: